>

Thursday, January 22, 2009

Mathematics??

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku bukanlah seorang yg mencintai Mathematics, namun, bukanlah jua seorang yg membenci Mathematics. Teringat zaman2 belajar Math A-level dulu dgn Encik Madhadzir, memang seronok. Lagi2, kalau dapat selesaikan apa2 problems, rasa puas hati sgt. Namun, apakan daya, kini, Math bukanlah menjadi subje utama daku.

Semalam, sewaktu buat ulangkaji intensif (hehehe), seorang sahabatku dari Mesir bertanya soalan kepadaku:

salam...apa beza endonucleases ngan exonucleases???

Oh, nasib baik tajuk ini still dalam bidang yg sama dgnku. Jadi, aku pun menjawab dengan senang hati, coz aku memahami soalan dan agak pasti untuk memberi jawapan.

Namun, selang beberapa minit kemudian, seorang sahabat yang diberi nama Azlan Kamal atau nama panggilan mesra adalah Apak bertanya soalan:

ko tau dirac delta function?

Oh tidak! Apakah benda itu? Memang berharap untuk memberikan jawapan, tapi masakan daya, aku x tahu apekebendanya itu. Teringat pesan ustaz Zaharuddin:

Tanda-tanda orang berilmu adalah apabila dia tidak tahu, dia mengatakan dia tidak tahu

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/b/b4/Dirac_function_approximation.gif

Jadi, dengan senang hati aku mengatakan aku tidak tahu, coz totally clueless.

Maaf Apak. Bagi sesiapa yg tidak mengenali Apak, beliau merupakan pelajar tahun akhir di Imperial College London dalam bidang Mathematics. Beliau ditaja oleh Permodalan Nasional Berhad (yeah!!).

Sejak kebelakangan ni, aku selalu lepak dengan Apak. Perkenalan kami hanya bermula di alam maya sebelum aku fly. Selepas aku sampai ke UK, Apak telah datang ke bilikku dan membelanjaku lamb kebab yg super besar. Terharu! Peribadinya yang sempoi membuatkan aku senang hati nak berkongsi pendapat dan pengalaman dgn beliau.

Di kala duduk2 di dalam Prayer Room IC, kerap kali aku mendengar perbincangan2 hangat di ruangan rehat dan santai PR. Rata2 perbincangan itu adalah berkisar Mathematics dan hampir semua perbincangan itu dihadiri oleh Apak. Beliau ni hampir boleh dikategorikan sebagai Gila Maths (hehehe). Pergaulan dgn diorg ni telah membuatkan aku mengingati beberapa term mathematics yg pelik2, namun x tahu pun apebendanya tu.

Setelah banyak berborak dgn beliau, persepsi aku terhadap Mathematics telah berubah. Daripada menganggap Mathematics hanya susunan nombor yg saje nak buat orang pening, aku dah tahu yg Mathematics terlalu banyak applications dalam kehidupan terutamanya zaman moden ini. TQ coz menyedarkan aku!

Kepada mereka yg ambil Mathematics, teruskan usaha anda mendalami ilmu ini!!!

Maaf Apak, banyak promote ko plak dlm post kali ni (bile lagi kan? Tahun depan ko da xde)

Photobucket

2 comments:

Anonymous said...

salam...

thank u atas entry saudara kali ini.. IA kami akan lebih berusaha..

Anonymous said...

jpah!ak taw dirac tu aper!ak tgh belajar bnda ni skrg.. tapi bukan lam math la,dalm subject communication~
ko ckp ngan apak tu,kalau nak taw,tnya budak eee!
hehehehhehe
(maaf ye,promote eee lak,eee best!)
=P