بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, setelah hampir 10 hari berkelana, akhirnya, perjalanan aku sampai ke penghujung. Hari ini, aku menamatkan perjalananku dengan kaki menjejakkan kaki semula ke bumi London ini.
Kami mula berpisah di Leeds. Setelah 3 hari 2 malam menyusahkan Ferdaus dengan kerenah2 kami, akhirnya, pada pagi ini, perpisahan telah terjadi. Seawal jam 10 pagi, Hisham dan Aslam, 2 org warga Soton meninggalkan rumah untuk pergi menaiki bas pulang.
Menjelang jam 12 tengahari, aku, Wan, Fitri, Iqtidar dan Faris bersiap2 untuk menaiki bus kami pada jam 1 petang. Pali pula mengikuti kami untuk membeli tiket tren beliau untuk balik ke Liverpool seterusnya meneruskan usaha menjadi guru fardhu ain di sana. Fer menemankan kami sehinggalah kami menaiki bas. Terharu.
Maaf dipinta kepada Fer dan rakan2 serumah, iaitu Hanafi dan Ehsan di atas segala keterlanjuran atau sikap kami yg tidak anda gemari. Terima kasih di atas layanan istimewa korg semua, khasnya kepada Fer. Memang meriah dirasa setiap malam dengan perbualan dan gelak tawa korg. Akan ku kenang saat di sini.
No comments:
Post a Comment