>

Friday, January 9, 2009

Majlis Sambutan Maal Hijrah di MSD

بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti biasa, hari khamis malam Jumaat, akan diadakan Majlis perkongsian ilmu agama di Malaysian Students Department for UK and Eire, London. Namun, sedikit kelainan harini adalah majlis gilang-gemilang diadakan sempena sambutan Maal Hijrah 1430 H.

Acara dimulakan dgn bacaan surah al-Hujurat ayat 9 sampai 15 beserta terjemahan oleh saudara Adam Effendi dari LSE. Kemudian, majlis diteruskan dgn ucapan penuh berhikmah pengarah MSD, Encik Nazri. Kemudian, ustaz Erfino menyampaikan sedikit pengisian yg dipetik dari kitab Riyadhus Solihin (Taman Orang2 Soleh) oleh Imam Nawawi.


Kemudian, sedikit persembahan multimedia oleh saudara DZ, iaitu video 1924, nyanyian Soldiers of Allah. Then, acara kedua kemuncak, persembahan nasyid oleh Shoutul Salam yang anggotanya terdiri majoriti dari pemuda2 Imperial, ditambah seorang penyanyi latar dari City, Iqtidar dan AJK Keselamatan Nasyid, PokLah UCL. Nampaknya, Shoutul Salam sudah menemui ahli baru yg bakal menggantikan ahli veteran, Bun yg bakal bersara tahun ini. Ahli tersebut adalah saudara Shah IC yg main tamborin dgn penuh keasyikan dan kesungguhan.

gemilang.jpg
Zaman muda Ustaz Erfino dan Ustaz Hasrizal

Selepas persembahan Shoutul Salam yang menggegarkan Dewan Malaysia, Ustaz Erfino membuat persembahan solo beliau. Lagu yg beliau dendangkan adalah ditulis oleh senior beliau, Ustaz Hasrizal pada tahun 1992 semasa zaman2 nasyid mereka di Jordan dahulu. Sungguh syahdu lirik itu, mengisahkan keadaan ummat di serata dunia.


Kemudian, acara kemuncak, yakni upacara menjamu selera. Kami dihidangkan nasi putih beserta gulai daging lembu dan daging kambing. Dah lama x makan daging, sungguh menyelerakan. Teh tarik menjadi minuman wajib dalam majlis di MSD.

TQ kepada semua yang hadir. Mereka yg dari Bandaraya Islam Greenwich: Famy, Pali dan Iman beserta seorang yg datang jauh dari Bath, yakni saudara Fairuz (Pai), serta semua hadirin yg hadir kerana memeriahkan suasana dan menghabiskan makanan.

Wallahu'alam, jumpe lagi minggu hadapan!

Photobucket

No comments: