>

Thursday, May 28, 2009

Kisasians Reunited

بسم الله الرحمن الرحيم

Malam semalam, YM aku menunjukkan status:

esok 6 pagi nak bertolak ke Heathrow...

Maka, beberapa org yg nampaknya tidak puas hati terus mengYM aku dan bertanyakan aku macam2 soalan yg jelas menunjukkan ketidakpuashatian mereka. Saudara Khairul Hafidz (DZ) yg gagal menghubungiku melalui YM, terus sahaja SMS aku di awal pagi untuk bertanya tujuan ke Heathrow awal pagi.

Jadi, hari ini, aku reveal tujuan aku ke Heathrow awal pagi ini. Hakikatnya, seorang sahabat dari USA tiba di Heathrow untuk memulakan pengembaraan beliau di Eropah ini. Beliau dijadualkan tiba di Heathrow pada jam 7.10 pagi, jadi, aku bersiap siaga sekitar jam 5.30 pagi dan menuju ke stesen tube Gloucester Road pada jam 6 pagi.

Perjalan ke terminal 123 and 5 ini menaiki Piccadily Line memakan masa lebih kurang 40 minit. Disebabkan tidur terganggu kerna terpaksa solat Subuh pada jam 3 pagi, maka, tahap mengantuk aku adalah amat maksimum. Tersengguk2 aku di dalam tube itu seperti ayam mematuk biji padi di tanah.

Alhamdulillah, kami bertemu di Terminal 1 Heathrow. Rakan yang aku maksudkan ini merupakan saudara Ammar Faris dari University of Illinois Urbana Champagne. Beliau tajaan Bank Negara dan buat Computer Science. Mana aku kenal beliau? Entah, aku pun x knal beliau, sape kate aku knal? Di airport itulah pertama kali aku bertemu beliau. Kami berjumpa melalui blog dan berinteraksi dgn YM sahaja selama ni. Namun, ikatan akidah menyebabkan kami membantu tanpa banyak soal.

Aku membawa beliau menaiki tube terus ke South Kensington. Di situ, aku membeli beberapa biji samosa ayam untuk kami breakfast. Beliau membawa beg besar beliau itu ke rumah aku. Seperti yang aku jangka, setibanya di tingkat bilik aku, sudah termengah2 beliau. Hahaa, aku hanya dapat memberikan dorongan tanpa boleh membantu apa2 (malas nak tlg angkat, hahaa).

Kemudian, masa jejak kasih pun tiba. Sekitar jam 12 tengahari, aku membawa warga USA ini ke MSD Bayswater untuk bertemu dengan senior yang amat beliau sayangi. Beliaulah saudara Faris Husaini. Mereka ini sama2 menimba ilmu di KISAS suatu ketika dulu. Jadi, sungguh meriah apabila bertemu, banyak sungguh luahan serta perkongsian pintar yg mereka jelmakan.

Junior dan Senior

Royal Albert Hall

Kensington Garden

Memegang roda Rolls Royce

Selepas makan lunch dan solat Zuhur, aku dan Faris membawa Ammar berjalan2 sekitar Kensington Garden, Royal Albert Hall, Imperial College dan Science Museum. Sampai di Science Museum, aku sudah pening2 lalat dan mengantuk sangat. Sambil berdiri, mata aku mampu untuk terlena!

Kami berjalan pulang ke Bayswater untuk ke rumah Faris. Faris memasakkan juadah istimewa penuh kasih dan sayang untuk junior beliau ini. Sungguh hebat dan menjadi lauk kurma ayam beliau. Tahniah Faris, dan aku pun turut makan dinner sama2. Kenyang, TQ Faris...

Jadi, aku membawa Ammar pulang ke bilikku. Letih giler, ngantuk, mata kuyu....

Royal College of Music

Photobucket

3 comments:

Anonymous said...

kawan dari us? kawan ak dari ireland dtg semalam! ko ingat ko sorang ader kawan???? (ak tau xde kena mengena. hehe) =p

nape ko membiarkan hidup ko di'jaga tepi kain'nya oleh senior??? lagi2 bro tersebut.. xde life r gini.. hahahahahahaha =p (gurauan semata2)

yanmaneee said...

adidas yeezy
moncler jackets
supreme
supreme clothing
supreme t shirt
golden goose outlet
stephen curry shoes
supreme new york
curry shoes
longchamp

Unknown said...

a fantastic read Ysl replica bags see replica louis vuitton go to this website replica designer backpacks