>

Friday, May 1, 2009

Islam di Imperial

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan selamat hari Jumaat. Kali ini, aku ingin ceritakan pulak berkenaan kehidupan dan suasana Islam di Imperial College London.

Kalau anda expect Imperial ni Islamic macam UIA, anda akan kecewa. Namun, sinar Islam itu masih menyinar di Imperial. Di mana2 saja, pasti, Islam akan mampu menyinari kerana itu adalah agama fitrah.


Walaupun umat Islam di Imperial ni bukanlah majoriti seperti di universiti2 terkemuka tanah air, namun, suara kami tetap diambil kira. Imperial College Islamic Society (ISOC) mempunyai bilik solat sendiri. Terletak di sebelah Ethos, di Princes Gardens. Di sinilah aku bersolat zuhur saban hari.


Di prayer room ini, terdapat beberapa kemudahan yg memang memudahkan umat Islam di sini. Pertama, terdapat kemudahan mengambil wudhu' di dalam prayer room ini. Kemudahan mengambil wudhu' untuk muslimah juga diasingkan dari lelaki. Namun, sedikit nasihat, selepas ambil wudhu' tu, sile lap tapak kaki anda bagi mengelakkan lantai karpet itu basah lalu mengeluarkan bau yang tidak sepatutnya.


Di ruang legar prayer room ini merupakan tempat pelajar2 Muslim ni lepak2, sambil2 menunggu waktu solat. Di sinilah aku mengenali ramai orang, samada Melayu ataupun tidak (namun, ramai Melayula). Di ruang legar ini, terdapat sebuah microwave yang bleh digunakan untuk memanaskan makanan kiter. Selalunya, waktu lunch, memang ramai orang di ruang legar ini.


Terdapat juga rak buku dan al-Quran untuk dibaca sambil menunggu waktu solat. Jangan buang masa anda! Terdapat banyak koleksi hadis (namun kesemuanya berbahasa Inggeris). Buku2 Islamic pun banyak. Ada juga set radio untuk anda dengar bacaan Quran yang enak dan mendengar ceramah2 dari ulama2 terkemuka.

Kesimpulannya, di UK ni generally, practising Islam is easy. Xde masalah untuk anda mengamalkan cara hidup Islam. Jadi, tiada alasan kerana anda di luar negara, anda tidak dapat menjalani kehidupan Islam. Kemudahan untuk Muslim sudah tersedia banyak (walau tidak sebanyak Malaysia), tinggal kiter untuk menggunakannya.

Royal Albert Hall

Union Hall

Solat Jumaat adalah di Union Hall, 5 minit berjalan kaki dari Prayer Room. Anda akan melalui hadapan Royal Albert Hall untuk ke Union Hall ni (bebudak Imperial dah jemu tengok Royal Albert Hall ni).

Secara kesimpulannya, memang prayer room Imperial x sebesar dan sebest Prayer Room di Warwick, namun, kami masih bersyukur kerana diberi kemudahan untuk menunaikan kewajipan kami sebagai seorang Muslim.

Photobucket

2 comments:

montoya said...

good writing!

SaFa dAn piSanGnYA said...

baper lamer ag ae huzaifah study kat cni???