>

Saturday, May 23, 2009

Pembridge Hall

بسم الله الرحمن الرحيم

Pernah ketika dulu aku post pasal Evelyn Gardens dan juga berkenaan hall lain di Imperial yang diharapkan dapat memudahkan para junior. Namun, timbul pula satu ketidakpuashatian kepada seorang pelajar Imperial kerna hall beliau dulu tidak disebut dalam post aku sebelum ni. Jadi, beliau telah mengambil langkah proaktif dgn menulis sendiri hasil tulisan beliau kepadaku. Mungkin agak terlewat untuk para junior buat pilihan, tapi mungkin the next batch bleh ambik iktibar. Ini merupakan hasil tulisan beliau:

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini saya akan menceritakan pengalaman saya tinggal di Pembridge Hall, 3 tahun yang lepas. Pembridge Hall terletak di barat laut Imperial College dan merupakan antara hall yang termurah. Mengikut halaman web accommodation office IC, berjalan kaki dari Pembridge Hall ke kampus di South Kensington memakan masa 25 minit. Tapi jangan percaya bulat-bulat kerana untuk tiba di IC door-door dalam masa 25 minit memerlukan latihan berjalan kaki yang konsisten. Walau apapun, jangan terkejut dengan 30 minit berjalan kaki kerana ianya merupakan sesuatu perkara yang biasa. Biasalah mula-mula tiba rasa pelik dan kekok setiap hari berjalan lama-lama. Lama-kelamaan rasa itu akan hilang, malah timbul pula rasa seronok.

Pintu masuk utama hall yang bewarna biru gelap manakala
pintu masuk alternatif yang bewarna hitam

Secara amnya, Pembridge Hall mempunyai 2 bangunan, bangunan utama dan annex. Bangunan utama mempunyai beberapa jenis bilik – single-sharing (en-suite), dan double-sharing (en-suite). Saya tidak pasti sama ada hall ini mempunyai bilik triple-sharing atau pun tidak. Kesemua penghuni bangunan utama akan berkongsi 2 buah dapur yang sangat besar dan setiap seorang diberikan satu ruang peti sejuk/sejuk beku, dan kabinet. Setiap kali selepas menggunakan dapur, pastikan ruang peti sejuk dan kabinet dikunci bagi mengelakkan mereka yang tidak bertanggungjawab memakan makanan anda. Juga setiap penghuni di bangunan utama mempunyai sebuah mini-peti sejuk di bilik masing-masing. Hebat bukan!? Oleh kerana, bangunan utama ini sudah agak berusia, maka tidak hairanlah apabila kita berjalan, lantai tersebut akan mengeluarkan bunyi. Juga, saiz bagi setiap bilik adalah berlainan walaupun sewa yang dibayar adalah sama.

Bagi bangunan annex pula, bangunan 3 tingkat ini mempunyai 2 flat setiap tingkat; setiap flat mempunyai 3 buah bilik single, sebuah bilik double-sharing, sebuah dapur, sebuah tandas (water-closet) dan sebuah bilik mandi (shower). Jangan risau tentang keselamatan kerana bagi penghuni annex, terdapat 3 lapisan keselamatan tambahan (tidak termasuk pintu bilik masing-masing) – yang pertama di pintu masuk hall, yang kedua di pintu masuk ke bangunan annex dan yang ketiga pintu masuk ke flat masing-masing. Walaupun begitu, sukacita diingatkan apabila keluar daripada bilik untuk tempoh yang lama, silalah pastikan ianya berkunci. Saya tidak pasti bagaimana sistem pengagihan bilik yang terkini, tetapi pada zaman saya dahulu, kami diberikan bilik secara rawak, dan alhamdulillah saya diberikan bilik di annex dan berkongsi dengan seorang lagi rakan Londoner. Pada mulanya agak takut juga, akan tetapi lama-lama kami boleh berbual mesra dan sehingga ke hari ini, jika terserempak bekas rakan se-flat di IC, saya akan menyapa mereka.

Pemandangan di Pembridge Road, Notting Hill.
Turut kelihatan kedai buku Book & Comic Exchange.

Pembridge Hall dijaga oleh seorang warden, seorang sub-warden dan beberapa hall seniors. Seorang hall manager turut bertugas pada siang hari. Jika ada sebarang masalah, silalah berjumpa dengan mereka. Antara kemudahan yang terdapat di sini adalah games room (ada sebuah konsol permainan diletakkan di sini beserta dengan pemain dvd), pool table dan foosball dan bangku untuk menghirup udara segar.

Oleh kerana ianya terletak di kawasan Notting Hill (filem Notting Hill lakonan Hugh Grant dan Julia Roberts dilakonkan di sini), maka terdapat pelbagai kemudahan, antaranya ialah sebuah perpustakaan awam yang terletak selang satu unit bersebelahan dengan hall, jika bosan mengulangkaji di bilik, bolehlah mengulangkaji di perpustakaan ini; Bangladeshi Hall; Portobello Market pada setiap hari Sabtu yang terkenal dengan barangan antik, juga menjual pelbagai barangan di sini; sebuah cawangan Tesco Metro; sebuah cawangan Sainsbury’s Local; kedai runcit Siam ‘Tawana’ menjual pelbagai barangan dari Malaysia; cawangan bank NatWest, HSBC, Lloyds TSB dan Barclay’s; kedai-kedai buku Waterstones, WH Smith (kedai buku kegemaran saya adalah kedai buku second hand berhampiran bus stop); farmasi Boot’s; sebuah panggung wayang; dan bermacam-macam lagi. Pendek kata, hampir semuanya boleh didapati di Notting Hill.

Tidak lupa juga, Bayswater yang terkenal dengan kawasan menjual makanan halal dan cenderahati dan Malaysia Hall yang terletak kira-kira 10 minit berjalan kaki. Selain daripada berjalan kaki, kemudahan pengangkutan yang terdapat di sini juga amat baik – terdapat sebuah stesen tube, dan perkhidmatan bas yang agak komprehensif. Jika anda ingin menunggang basikal ke IC, Pembridge Hall turut menyediakan tempat letak basikal di dalam kawasan hall. Buat makluman adik-adik, kadar kecurian basikal di London adalah sangat tinggi, dan bagi mereka yang tinggal di Pembridge Hall sesungguhnya sangat beruntung kerana tidak perlu lagi risau akan keselamatan basikal.

Oleh kerana hall ini terletak berdekatan dengan Malaysia Hall, maka saya juga turut menjadi pengunjung tetap setiap hari Khamis. Jabatan Penuntut Malaysia (JPM @ MSD) melalui attaché Kebajikan, menganjurkan majlis bacaan surah Yasin setiap hari Khamis malam Jumaat. Juga selepas bacaan Yasin, ada majlis berkongsi ilmu dan makanan. Oleh kerana tiada masjid yang berdekatan (selain surau di MSD), maka kami warga Muslim (4 atau 5 orang sahaja ahli jemaah kami) di Pembridge Hall mengambil inisiatif untuk solat berjemaah seboleh mungkin di hall. Juga, sekiranya saya solat seorang diri di bilik, rakan sebilik saya tidak kisah pun, malah dia akan memperlahankan audio komputernya sebagai tanda menghormati solat saya. Pendek cerita, jangan takut untuk menunjukkan identiti kita sebagai seorang Muslim.

Semoga pengalaman saya di atas membantu adik-adik untuk memilih accommodation hall. Sekian, wasalam.

Mohd Isa Mustaza
4th Year MEng Civil Engineering
Imperial College London

http://photos-b.ak.fbcdn.net/photos-ak-snc1/v2110/184/93/715167927/n715167927_1315945_1002.jpg
Salam Perantau (Saudara Isa adalah jejaka yang paling kanan, macam
Arham Hakimy kan??)


http://photos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs001.snc1/4144_76966312709_538072709_1602555_741140_n.jpg
Ni gambar lebih dekat, macam Arham kan? (sila abaikan
jejaka dengan bayi itu)

Photobucket

6 comments:

Pacat said...

tu aiman ke?
mcm aiman

Y A Z I R A said...

mula2 aku tgk isa ni aku ingat kim

Anonymous said...

ak tak tau pon pembridge hall ni wujud. hehe

Isa Mustaza said...

aku rasa macam tak perlu letak gambar aku

Unknown said...

click here now best replica bags online look at here cheap designer bags replica home high quality replica bags

sismithe said...

click over here go to the website Discover More blog here visit this site here