>

Tuesday, May 19, 2009

Buat Insan Tersayang

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku ingat lagi ketika aku menelefon abah beberapa minggu yang lalu...

Balik Malaysia x tahun ni? Abah tanya

Balik, jawab aku

Brape haribulan? Abah tanya lagi

XX June ni, jawab aku lagi

Banyak program cuti ni?, tiba-tiba abah tanya aku. Soalan yang tidak aku expect dari abah dan agak berat untuk aku menjawabnya....

Banyak jugak program, jawab aku dgn berat

Oh, bagusla, jawab abah sayu

Begitulah petikan dialog antara aku dan abah beberapa minggu yang lalu. Sungguh, abah sudah pasti nak meluangkan masa bersama-sama anak tersayang, lebih2 lagi x berjumpa selama beberapa bulan. Namun, aku bersyukur kerna abah begitu memahami aku, x payah nak aku beritahu, abah seakan2 tahu yang aku akan banyak keluar dari rumah sepanjang cuti ini.

Abah begitu banyak berkorban untuk kami adik-beradik. Dari kecil, abah tidak pernah mengabaikan perhatian kepada kami. Kadang-kadang abah marah, tapi tu pun untuk kebaikan kami.

Kami Sayang Abah!

Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran abah. Semoga Allah panjangkan umur Abah, pergandakan pahala dan amalan, dan murahkan rezeki abah. Doakan keselamatan serta kecemerlangan anak Abah ini di dunia dan di akhirat. X sabar sungguh nak balik Malaysia, bersalaman dgn abah dan emak.

http://farm4.static.flickr.com/3435/3198043773_0b2135f37f.jpg?v=0

“Ya Allah, ampunilah ibu bapa kami, rahmatilah mereka, maafkan mereka, dan uzurkan kekurangan-kekurangan mereka. Tempatkan mereka di dunia rahmat-Mu, dan Akhirat redha-Mu, Ameen“

Photobucket

2 comments:

tumi said...

uwaaaaa!!! sedihnya post ni.. saya juga rindu family saya. =(

hehe. be strong jpah! 3 bulan kot cuti. pandai2la bahagikan masa kepada insan tersayang ye.. huhu

Pak Cu said...

Assalamualaikum Jpah, kalau 19 Mei birthday abah maka samalah tarikhnya dengan Pak Long Along. Pak Cu mungkin akan ke muzium di London, Belanda, German, Perancis dan Poland. Nanti bolehlah tolong-tolong Pak Cu. Take care. Wassalam