>

Sunday, May 31, 2009

Ke Surrey

بسم الله الرحمن الرحيم

Sesungguhnya, perjalanan hari ini tidaklah dirancang dgn baik, apatah lagi sempurna. Kedatanganku juga bukanlah untuk melancong, namun, hanya ingin serahkan kunci yg saudari Ajah terlupa untuk pulangkan kepada universiti beliau ni. Namun, Alhamdulillah, masih disambut dan dilayan dgn baik oleh saki-baki warga Malaysia di Surrey.

Minggu ini, dua kali aku melayan dan menyambut tetamu yg tidak ku kenal, saudara Din dari Ireland dan saudara Ammar dari USA. Hari ini pula, saudara Humaizi dari Surrey menyambutku di stesen keretapi Guilford sekitar jam 11 pagi. Humaizi ini lebih manja dan mesra dipanggil dgn nama Miji.

Sampai juge ke Guilford

Miji membawaku pulang ke biliknya. Cuaca agak panas, sekitar 20 darjah celcius. Berpeluh juga. Setibanya aku di University of Surrey, kelihatan padang dan taman yang luas menghijau, maklumlah, luar bandar. Suasana aman dan sentosa, amat kondusif untuk belajar. (Promote nih!!!)

Bilik saudara Miji agak bersepah. Aku dimaklumkan yg beliau akan pulang pada esok hari. Berseri2 muka Miji, maklumlah, nak balik Malaysia dan menguruskan urusan2 beliau di tanah air. Kelihatan beg, kotak2 dan bungkusan2 yang telah siap dipek oleh beliau.

Bilik Miji yg bersepah (maaf Miji)


Selepas berehat sebentar, aku dibawa Miji bersiar2 sekitar University of Surrey yg indah permai ini. Dibawa ke laundrette (signifikan ke?), library, serta bangunan2 sekitarnya. Seronok juge melihat univerisiti style kampus ni. Maklumlah, hidupku di Imperial, sebuah universiti bandar, x merasa hidup camni. Suasana di sini ala2 Warwick Kota Sentosa.

Namun, agak sayu dan pilu apabila melihat ramai pelajar2 di sini yang nampaknya telah berkemas. Ibu bapa mereka datang dengan kereta dan mengangkut barang2 mereka ke dalam kereta. Term di universiti ini sudah berakhir. Aku pula, masih ada sebulan untuk dihabiskan di UK ini. Homesick! Nak balik gak!!!!

Kemudian, aku dan Miji duduk di taman ape ntah, makan yogurt yg Miji belanja. Hari ni terik sungguh, berpeluh jugak ar. Selepas berborak2 tentang erti kehidupan, kami menghantar kunci cik Ajah kepada pak guard yg mmg keje die mengumpul kunci agaknya. Selesai tugasanku.



Selepas bersolat Zuhur di bilik Miji, aku beransur untuk pulang. Waktu tu sekitar jam 3 petang. Sebelum tu, sempat gak Miji bawa aku bersiar2 di bandar Guilford. Meriah juge petang ini di Guilford, maklumlah, hari minggu. Cerah pulak tu, memang peluang orang2 tempatan ini untuk bermesra bersama keluarga.

Pada pukul 4 petang, aku menaiki tren pulang ke Waterloo. Terima kasih Miji kerna sanggup meluangkan masa untuk melayan aku.

Berlatarbelakangkan pekan Guilford

Pose istimewa saudara Miji

Kesimpulan daripada perjalanan ini: Baru aku tahu kenapa warga Surrey (especially ade sorg warga Surrey) kerap berada di London Kota Keriangan. (Xleh komen lebih2, nanti ade yg terasa)

Oh, warga Surrey ade blog mereka: Life@Surrey. Selamat menziarah mereka untuk maklumat lanjut berkenaan Surrey...

Photobucket

13 comments:

mieji said...

wah. cpt report. btw, thanks melawat surrey buat kali pertama. kalu tak kerana kunci, lambat lagilah turun ke sini :) hehe..
-miji

p/s: first time comment dlm blog ini..

Jpah said...

yer, berterima kasih kpd yg tinggalkan kunci

Pacat said...

oh, sama2.. :)

"lain kali tinggal lgi" nasihat miji n Jpah sambil menjeling.

London kota keriangan? heh.. (btw, memang bes g jaulah.. n bukan jus London ye :P ) sebab Surrey agak borim.. adeyh, redha~

trimas amat Jpah hantarkan kunci.. nnt aku makan kismis banyak2, br xslalu lupa.. (sudah byk barang hilang sejak balik, sebab byk bilik n xingt letak kt bilik mana.. waa... dompetku)

tumi said...

sweetnyer!! ak nak tinggalkan kunci jugaklah! rase2nya ader org x yg nak tolong antakan? haha bertuah sungguh cik pacat. (ajah jgn kembang) hehehehe =p

oh, ak xpernah pegi surrey, plan nak pegi, tapi mcm biasa aje gambarannya, kna tukar plan ni. hehe =D

Pacat said...

Oh, bukan bertuah.. Jpah memang baik pn.. dia akan bntu sume org IA..

ces tumi.. surrey sgt bes okkay!!

lagi2 kalo ada aku.. haha..

mesti dtg ye.. :) jgn dok plan ajo :P

tumi said...

'jpah mmg baik pun' ???
wohooo! 1st time dgr org ckp jpah baik.. =p

Pacat said...

heh, nape aku mcm dh dgr byk kali? try mntak tlg dia..

err, tumi, bncang tpt lain la.. kang kembang plak si penulis blog ni.. hihi :P

Anonymous said...

jpah mmg baik dgn pacat je. istimewa!

pelawat said...

ye!jpah hanya bagi special treatment kat pacat aje! jeles! hehe
semoga berbahagia =D

Pacat said...

cantikkan Surrey?

nanti datang lagi.. :)
Aisha n Tumi datang minggu ni..

Jpah said...

insyaAllah, akan datang lg :)

Pacat said...

:)

Ps: pembetulan, Aisha n Syafiqah dtg minggu ni..

Anonymous said...

kerana seutas kunci..heheh

jpah,ajah,moga berbahagia =)