Seringkali aku terdengar atau tertahu yang ada rakan-rakan aku yg berkata:
Hidup kat uni ni susahla, rindu life kat kolej
Aku gak antara salah seorang yg berkata camtu waktu first time menerima jadual lectures dan practical aku. Jadual yg penuh colourful tu sikit pun x menceriakan hatiku ini. Sebab jadual ni amat pack, sibuk dan penuh. Lectures 2 jam pada sebelah pagi, iaitu pada jam 10 pagi sampai pkol 12 tghari, kemudian rehat. Sambung plak dgn tutorial atau lab pada jam 2 petang sampai pkol 5 petang, letih woo.
Namun, klu difikir2kan balik, jadual kat kolej dulu lagi pack kut. Start pukul 8 pagi sampai 1 petang. Kemudian sambung pukul 2 petang sampai pukul 5 petang. Wawawa, lagi amat2 pack rasanya. Sabtu pun kiasu sgt nak ade kelas. Namun, kenapa kat kolej dulu happy je? Knape aku x berpuas ati dgn jadual aku sekarang ni? Namun, terbaca hadis Nabi:
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan.”
Bukhari
Jadi, aku melihat kepada rakan2 engineering yg lain. Izu contohnya, lagi pack jadual dari aku. Start pukul 9 pagi, abis pkol 6 petang. Mas pon lebih kurang je jadual die yg amat sibuk tu. Ape sgtla jadual aku ni banding ngan jadual diorg.
Dan setelah aku berfikir2 gak, aku terfikir, inilah lumrah dunia. Jika kiter melangkah ke suatu tahap yg lebih tinggi, pasti akan menempuh cabaran yg lebih getir. Selaku gamers, meh aku analogikan idop kiter seperti game. Kalau anda peminat game RPG, anda mesti dah baser dgn levelling up character kan? Dan semakin tinggi level character kiter, dah pasti, akan menghadapi bosses yg lebih hebat levelnya. Takkanla sepanjang masa nak berlawan dgn musuh level 1 kan?
Begitulah idop kiter. Dari alam kanak2, hinggalah meningkat remaja, idop kiter semakin mencabar. Xkanla selama-lamanya kiter nak berada di level tadika? Xkanla da masuk 19 tahun, still nak blaja ABC dan mengeja? X logik kan?
Jadi, kepada diri aku terutamanya dan kepada rakan yang membaca (if any), redhalah dgn cabaran idop kiter ni. Apalah sgt cabaran ni nak dibandingkan sedara kite di Palestine tu. Hadapilah cabaran ni dgn berani dan tabah dan janganlah merungut.
Kepada Za'im, blog ustaz Erfino:
Silela masuk yer...
No comments:
Post a Comment