>

Wednesday, October 1, 2008

Selamat Hari Raya

بسم الله الرحمن الرحيم

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Hiasilah hari-hari raya kamu dengan bertakbir.”
(at-Tabrani)

Segala-galanya bermula waktu kitorg tgh berbuka di kedai kebab di Greenwich. Kami diberitahu yg 30 September adalah raya di UK, seperti dumumkan Central Mosque. Kami terkesima. X bersedia pun nak beraya esok. Plan asal nampaknya terpaksa diubah. Plan B, esok kami akan terus ke Central London dan terus ke Malaysian Hall untuk solat dan makan.


Jadi, seawal pagi ni, jam 6.30 pagi, kami keluar dari Greenwich, menaiki bas dan menaiki tube untuk ke stesen Bank. Namun, amat kecewa apabila tren tetibe stop sbab stesen Bank ditutup. Fadzhly bertakbir di atas tren. Kami sume cakap:

Fadzhly, jadik imam, baca khutbah

Akhirnya, kami sampai ke Malaysian Hall pada jam 9.30 pagi. Dah ramai kat luar Malaysian Hall. Adeyh, kami diberitahu yg solat Aidilfitri da tamat. Kuciwa. Kami pun turun gak ke Malaysian Hall untuk memintak makanan. Wah, nasi tomato. Sedap. Baru je nak makan, ustaz Erfinoor cakap:

mane2 yg blom solat Raya lagi, meh, kiter nak buat second round

Maka, Adam Tan dilantik menjadi imam. Beliau adalah bekas budak IC yg kini buat master di Kings. Setelah solat2, kami bersalaman dgn syahdu dan merdu. Pastu, sesi menjamu selera. Sungguh sedap makanan Malaysia, asyik makan kebab je selame nih, hehehe. Pastu, makan plak kuih raya, tart, london almond dan sebagainya. Terharu. Jumpe ngan beberapa seniors yg super baik.


Adam Tan: Huzaifah? Oh, Jpah kan? Dgr banyak psl ko

Syed Roslan: Huzaifah? Inilah blogger yg digembar-gemburkan

Hehehe, segan gak aku. Pastu, lpas da puas makan kuih raya, kami pulang ke rumah tumpangan kami, iaitu rumah Isa. Bebudak Greenwich turut ikut. Kami dijemput plak oleh Datuk Rais Yatim utk beraya di Malaysia High Commission pada jam 1-5 petang. Ok, peluang makan free xkan disiakan.


Jadi, lpas solat zuhur, kitorg bergerak ke stesen Warwick Avenue lalu naik tube. Pastu, kami berjalan dgn agak jauh menaiki bukit pergi ke Malaysia High Commission. Waa, sungguh meriah dan happening sekali. Berasap2 sekitar umah tu, bau sate. Waa, da lapar.


Setelah bersalam-salaman dan mengucapkan Selamat Hari Raya, kami beratur terus untuk amik makanan. MasyaAllah, amat panjang sungguh line. Semasa Datuk Rais Yatim bagi ucapan, kami sibuk makan sate. Hahaha, ade lemang, ketupat, nasi minyak, rendang, kuah kacang dsb. Air plak, air teh yg aku rindui, isk. Lpas tu, makan plak kuih raya yg bermacam2, semperit, tart, corn flakes dsb. Hurmm, sungguh kenyang dan menyelerakan. Aku sempat call Malaysia untuk mengucapkan:

Selamat Berbuka

Jadi, lpas da kenyang makan, kembali merempat di rumah Isa. TQ Bun sbab jadik kitorg punye tourist guide arini. Malam ni nak merempat di UCL plak, bersedia bebudak UCL!!!

Slamat Hari Raya sumer, isk, kepada keluarga dan rerakan di Malaysia, selamat raya gak, rindu Malaysia!!

Photobucket

1 comment:

Anonymous said...

Online Casinos Free tyuueooru
http://stonewalljacksoncarnival.org/ - Casino Gambling Game
This is obvious as people can start online casino without having to make as higher investment as required to get started with land-based casino.
[url=http://stonewalljacksoncarnival.org/]Download Free Casino[/url]
So you can have a wonderful gambling experience with the comfort at your home.
Online Casinos
There are several advantages of playing online casino and some of them include: 1.