>

Saturday, October 25, 2008

First Time

بسم الله الرحمن الرحيم

Selepas letih hampir 2 jam setengah berkelana di dalam makmal yg penuh bahan kimia serba carcinogenic dan mutagenic itu, aku segera pulang ke bilik. Menempuhi suhu yg agak sejuk dan berangin tu, aku berjalan laju ke Evelyn Gardens.

Setelah hampir berpuluh anak tangga ku daki, akhirnya sampai gak ke Fisher Hall, Room 303, bilik aku tempat aku tinggal da hampir 3 minggu. Aku masukkan kunci dalam lubang kunci dan membuka pintu.

Sedang aku nak meletakkan beg ke tepi, ku lihat satu nota di atas meja:

Faulty socket replaced & tested


Aku melihat soket di tepi katil. Memang da kelihatan baru. Namun, adakah ia berfungsi? Segera aku menghidupkan laptopku dan menyambungkan internet cable. Kelihatan bercahaya laptopku, menandakan menerima connection. Apabila aku membuka Firefox, kelihatan laman web Mozilla Home Page yg terkeluar. Yahoooo!!! Aku da ade internet.

Setelah hampir 3 minggu xde internet di bilik, inilah first time aku mengupdate blog di bilik sendiri. Terasa lega, akhirnya, lengkap sudahlah bilik ini....

Photobucket

No comments: