>

Monday, October 27, 2008

Cepatnye Malam!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Disebabkan musim sejuk atau nama comelnya, winter semakin menampakkan dirinya, maka, malam semakin panjang dan siang semakin pendek. Ditambah puler dgn pengakhiran dramatis Daylight Saving, bertambah2 cepat malam tiba semula.

Gambar diambil sekitar 6 petang

Selepas solat Maghrib pada jam 4.50 petang (aku x tersalah tulis, Maghrib masuk pkol 4.45 petang), aku berjalan keseorangan menuju ke Sainsbury Local di Jalan Fulham. Terasa macam da pukul 9 lebih la plak. Tadi ade wat skype-ing bersama Pidah (nama di UK, Peter), dan dier pun kate sume org agak moody arini sbab asyik gelap je sepanjang hari.

Aku berfikir, btul gak. Sepanjang harini, x nampak cahaya matahari lg. Siang tadi, mendung memanjang, sedar2, dah malam semula. Huhuhu.

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal
(Ali-Imran: 190)

Memang situasi malam dgn pantas ini adalah perkara yg amat baru buat diriku ini. Subhanallah, Maha Suci Allah. Begitu agung ciptaan dan aturan Allah, dan syukur sebab dapat experience situasi ni. Teringat kata2 senior (aku x igt nama die) minggu lpas, sewaktu kitorg tgh lunch di tempat yg redup:

Cmon, man, what's with the shade, enjoy the sun, U'll miss it soon

Yeah, I've already miss the sun. Mmg suasana gloomy camni membuat mood x brape baik. Nak study pun x smangat sgt. Dulu, time org ckp cabaran di luar negara adalah cuaca, aku x dela amik kisah sgt, sbab aku x percaya yg cuaca boleh mempengaruhi semangat blajar aku. Namun, aku dah mule merasainya. Moga aku x hilang semangat!

OK, Isyak masuk pukul 6.30 petang!!!

Fisher Hall, tempat aku menetap
Photobucket

No comments: