>

Saturday, October 25, 2008

Chelsea Tour

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada pagini, of coursela xde kelas, maklumlah, hari Sabtu (bukan macam kolej yayasan UEM, huhuhu). Jadi, kami bertiga (aku, Shah dan Aishafath memasak nasi goreng dan membuat sandwich untuk breakfast. First time kitorg breakfast sesamer, n first time makan banyak dan berat macam ni.

Jadi, lepas breakfast, Shah nak pegi ke Oxford Street (macam jalan TAR) untuk membeli barang2 beliau, almaklumlah, org baru dapat VISA debit card. Sungguh besar kuasa membeli. Aishafath pun dgr citer nak pegi Oxford Street dgn Ajah. So, disebabkan aku ni seorang yg berjimat cermat, malas nak berjalan menggunakan public transport coz kena bayar, aku membuat keputusan untuk berjalan kaki ke Stamford Bridge, iaitu stadium Chelsea, pasukan feveretku.

Saje2 je aku jalan keluar ke Fulham Road sorg2. Matahari harini agak terik, so nyaman berjalan, sejuk2 tapi panas, lebih kurang macam tu lar. Kalau ditengok pada peta, xdela jauh sgt Stamford Bridge nih. Hampir 20 minit aku berjalan, akhirnya, nampaklah sebuah kompleks berwarna biru tersergam indah dengan logo Adidas merata-rata.

Slamat Datang!!!

Ntah, ade gak beberapa orang yg tujuan datang sama ngan aku. Mengambil gambar. Xdela malu sgt aku mengambil gambar sekitar kompleks Chelsea tu. Aku memasuki satu jalan di mana aku x tahu ape nama lorong tu. Tapi di sepanjang lorong tu ader tertampal gambar2 pemain2 Chelsea dahulu sehingga kini. Xdela aku amik gambar sumer kan, jenuh plak.

Disebabkan x berniat untuk lama di situ, xdela aku buat stadium tour. Boleh je nak masuk stadium die, tapi kena bayar 15 pounds. Agak murah, maybe next time. Hampir 20 minit aku berlegar di sekitar kompleks Chelsea tu untuk amik gambar. Pastu, singgah sebentar di kedai cenderahati Chelsea. Jersey2 agak murah, ade yg 25 pounds je. Tapi, selaku seorang yg berjimat cermat, xdela aku beli, hehehe. Maybe next time gak.

Ni sedikit gambar2 yg aku amik sewaktu tour ringkas aku di Stamford Bridge. Sorila, xde gambar aku, maklumlah, jalan sorg2, sape nak amikkan gambar aku? Maka, lihatlah gambar pemandangan Stamford Bridge ni sajoo...

Antara gambar2 pemain Chelsea yg ditampal di sebuah laluan

Peta

Merchandise

Photobucket

2 comments:

mira zin said...

wah..Jepah support chelsea ek?yay!ada geng!go Blues..huhuu..

wan said...

ni yang nak jeles nih!!

lepas puisi bawak aku jalan2 sane, ko jd cameraman aku hahaha