>

Friday, October 17, 2008

ISOC Dinner

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada pukul 5.15 petang smalam, warga2 Evelyn Gardens bersama ngan Pidah yg menumpang berlepas ke Imperial College London, South Kensington campus untuk menghadiri ISOC Dinner yang tiketnya berharga 5 pounds. Berbaloi, sbab 3 pounds utk membership, jadi, 2 pounds je utk makanan.

Namun, tika kami melewati Natural History Museum, mataku tertarik kepada wajah seorang lelaki yang sedang berbual di tepi jalan. Macam ku kenal wajah itu. Die memandangku dan aku memandangnya semula sambil tersenyum. Beliaulah En Zaki, CEO KYUEM yang baru.

Dari mana? beliau bertanya

Kitorg dari sini je, nak pegi Imperial, aku jawab. Kitorg dulu dari KYUEM

Ya Allah, En Zaki berkata lalu memanggil seorang wanita mendekati kami. Rupenya, wanita itu adalah Puan Kasthuri, kaunselor di kolej yg banyak berjasa membantu kami menguruskan university placement kami. Kami tahu, mereka akan berada di London dan malam smalam akan mengadakan perjumpaan di Paddington ngan bebudak KYUEM, tapi, x sangka plak leh jumpe kat sini.


Setelah sibuk berbual, kami meminta diri, sbab dinner kami start pukul 6 petang.

I'm so glad to see u're all OK, kata Pn Kasthuri.

OK ke? Maybe ar. Aku tersengih jer mendengar kata2 Pn Kasthuri. Kami meninggalkan mereka lalu meneruskan perjalanan ke Main Dining Hall, Sherfield Building untuk menghadiri ISOC Dinner. Namun, memandang kepada jam, sudah hampir masuk maghrib. Seperti yg diberitahu menerusi email, kami pergi ke Senior Common Room untuk bersolat jemaah di sana.


Selesai solat, kami menyerbu Main Dining Hall dan memilih meja yg paling dekat dgn makanan. Hehehe. Majlis dimulakan agak lewat, mungkin sbab masalah teknikal. Memetik kata2 president ISOC:

We have been accepted to study in a high ranking university in the UK, even in the world. We will be asked on the day of judgement, what did we do with this opportunity, whether we use it, or we waste it.

Sungguh inspiring! Selepas beberapa ucapan, majlis makan dimulakan. Lapar, kami sume makan dgn jayanya.


Menu die, agak best. Seperti disangka, makanan Arab dihidangkan. Beriyani, kambing, dan sebagainya yg aku x tahu namanya, tapi sedap ajer. Maklumlah, bkan senang dapat makan sedap mcm ni. Satu lagi yg menarik ialah Chocolate Fountain. Cara nak makan die, cocok la marshmallow ke, buah ke kat lidi, lalu, salutla dgn coklat tu. Sedap gak.

Lebih kurang pukul 9, kami berjalan pulang ke rumah dgn perut yg kekenyangan. Perut kenyang, hati senang, mata ngantuk, terus tido, hehehe....


Photobucket

No comments: