>

Wednesday, October 1, 2008

Hidup di UCL

بسم الله الرحمن الرحيم

Pagi Hari Raya yang kedua. Sungguh indah sekali. Seawal jam 6 pagi, kelihatan penduduk London dah mule bergerak untuk memulakan hidup sehari lagi. Udara tercemar London yg mampu menghitamkan tahi hidung kami menusuk ke hidung.

Kami bebudak Imperial yang tiada tempat tinggal tetap ini meneruskan kehidupan kami dgn menjelajah puler ke University College London. Disebabkan hujan di luar rumah, kami menunggu sebentar di umah Isa sebelum memulakan perjalanan. Selepas solat Maghrib, kami memulakan perjalanan meredah udara sejuk dan tercemar London ini.

Memula kami nak makan di kedai Perfect Fried Chicken, kedai ayam goreng halal di London ni yg mmg disyorkan oleh seniors. Namun, kekecewaan menyelubungi hati dan sanubari sbab kelihatannya tutup.

Mungkin diorg beraya kut, ujar Shah

Perjalanan diteruskan ke Bayswater untuk menjejaki makanan halal. Kami melalui sebuah kedai Fish and Chips HALAL. Namun, Firdaus (pidah) yg allergy kepada haiwan bersirip membuatkan pencarian kami berterusan. Sampai puler ke sebuah kedai yang bernama HALAL Restaurant. Macam menarik dan agak murah. Kami masuk ke kedai Pak Arab tu. Aku hanya mampu makan Quarter Cheese Beefburger. Agak sedap.


Pastu, sebelum meneruskan perjalanan ke UCL, disebabkan bebudak UCL masih x balik dari Open House, kami pun berjalan2 di sekitar Queensway. Aku membeli 10 pounds topup Nomi untuk call ke Malaysia secara murah dan crystal clear quality. Pastu, kami menuju ke Batswayer dan menaiki Circle line terus ke Euston Square.

Malangnya, bebudak UCL x balik lagi. Kami yg da busan berjalan2 plak di sekeliling UCL tu. Kami masuk ke TESCO untuk memanaskan badan. Angin kuat sungguh malam tadi, sejuk giler. Lepas diorg membeli beberapa barang, kami kembali duduk di pintu Hall Fitri.


Beberapa lama kemudian, kelihatan bayangan mereka baru tiba. Kami masuk ke hall mereka dan memasing berkejar ke tandas, dah hampir kebocoran. Setelah borak2, aku dan Shah tidur di bilik Fitri n Adam, manakala Mas, Izu dan Pidah tidur di bilik Basyir. Internet connection pun laju, ni aku suker ni.

Malam berlalu agak pantas. Aku sempat telefon ke Malaysia untuk mengucapkan selamat Hari Raya menggunakan No Nomi aku. Lpas da telefon mak bapak dgn lama, telefon plak sahabat handai. Keseluruhan call aku ke luar negara hanya berharga sepound lebih, walaupun hampir sejam lebih call Malaysia.


Pagi ni, Adam dan Fitri ade class pukul 9 pagi. Aku dan Shah membuat hall itu seperti milik kami, hahaha. Aku masak dua roti bakar dan disapu dgn mentega kacang, sungguh sedap. Roti die plak high fibre, mmg mengenyangkan. Air plak, aku minum air Milo yg dibuat oleh Fitri.


Hari ni nak menjelajah ke Imperial ditemani super senior Bun, dan kemudian memenuhi jemputan rumah terbuka super senior UCL dan mungkin akan tidur di sana, hahaha.

Nantikan sambungan kisah rempatan kami ni....

Photobucket

No comments: