بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan suhu 10 darjah celcius, diselimuti duvet yang tebal, sungguh sedap dan enak sekali tidur dalam keadaan itu. Berbekalkan bantal yg dibeli dari Argos, duvet dari Primark, sungguh lena sekali aku tidur malam tadi. Sesekali, kedengaran bunyi kapal terbang di ruang udara London, terasa sayu hati ni. Terfikir, bilelah plak aku akan naik kapal terbang balik ke Malaysia.
Namun, keamanan itu tidak lama. Sewaktu aku sedang enak tidur, termimpi Malaysia, tiba2, terasa gegaran di sebelah katilku. Namun, gegaran itu berenti. Ku sangkakan sudah berakhir, namun, sekali lagi, gegaran itu datang semula. Adeyh, apekebenda ni? Ku bukak mata yg penuh tahi mata ini dan melihat sesuatu yg bercahaya di sebelahku. Ku capai benda bercahaya yg bergegar itu. Itulah die Sony Ericsson K618i aku. Aku sempat tgk jam di skrin, adeyh baru pukul 4.41 pagi. Sape plak menggatal nak call pagi2 buta ni?
Aku melihat skrin telefon dan membaca satu nama yg familiar dalam ingatanku:
pn rukiah pnb
Huh, panggilan dari Malaysia? Aku buat sedikit pengiraan dalam tempoh mengantuk tu. Owh, kat Malaysia da pukul 11.41 pagi, so, xlehla salahkan beliau. Aku menggapai telefon itu dan menjawab. Ku sebut,
Hello Assalamualaikum
Namun, tidak berbalas. X pasti samada aku yg x dgr disebabkan amat mengantuk atau rosak atau line x clear. Jadi, disebabkan mengganggu waktu tidur aku, selepas beberapa saat, aku mereject panggilan tersebut lalu meneruskan tanggungjawabku terhadap badanku, yakni, tidur
Menjelang pukul 6 pagi, selepas bersolat Subuh berjemaah bersama Shah di bilikku, aku teringat peristiwa yg berlaku lebih sejam tadi. Hurm, mungkinkan Pn Rukiah nak menyampaikan sesuatu y g penting kepadaku? Terasa bersalah sbab mereject panggilan beliau. Jadi, aku mengSMS beliau:
Salam pn ruk. Tadi ade call saye ke? Sori, it was 4 a.m. n mamai sgt
Kemudian, selang beberapa minit, aku menerima balasan SMS:
I guess tertekan kot while i check yr contact no, x de apa, tq
WHATT??? Adeyh, penat je aku rasa bersalah, penat je aku rasa cemas. Dan yg paling aku kesali, PENAT JE AKU BANGUN MENJAWAB TELEFON. Hurm, xpela, maybe Allah dah takdirkan perkara ni berlaku untuk mengingatkan aku solat malam, mungkin kan?
Dari Abdullah r.a katanya:”Diceritakan kepada Rasulullah SAW, seorang lelaki yang tidur sepanjang malam sampai Subuh. Maka bersabda baginda Rasulullah SAW: “Orang itu telah dikencingi oleh syaitan di kedua-dua telinganya.” (al-Bukhari)