بسم الله الرحمن الرحيم
Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
(al-Baqarah:168)
Orang Malaysia terkenal dengan tabiat makan. Ape2 majlis pun kat Malaysia ni, org kate, x lengkap tanpa jamuan. Orang Malaysia jugak terdiri daripada pelbagai kaum, hence, pelbagai kebudayaan, hence, pelbagai makanan. Itulah yg istimewanya orang Malaysia.
Dah masuk 6 Ramadhan, bermakna dah 6 hari kami berpuasa. Dan puasa tahun ni tidaklah sama, kerana bakal berakhir di luar negara. Dalam bulan Ramadhan, yang menjadi salah satu tarikan dan kelainan ialah pasar juadah, tempat orang membeli juadah berbuka puasa. Pelbagai juadah dapat dibeli. Selama 6 hari Ramadhan, still, aku blom pernah pergi ke pasar Ramadhan. Aku x nak lepaskan peluang berada dalam atmosphere ni sbab kat UK confirm xde macam ni. Jadi, smalam, aku berkata kpd familyku,
Sebelum fly ni, teringin la gak pergi pasar Ramadhan
Mungkin mak dan abah paham perasaan, jiwa dan raga aku. Jadi, mereka telah membuat suatu rancangan. Emak dengan sengaja xnak memasak juadah berbuka. Jadi, untuk berbuka, emak mengajakku pergi ke pasar Ramadhan. Nice plan mak n abah, hehehe.
Jadi, aku dilantik menjadi pemandu kereta Naza Citra untuk menuju ke Bukit Indah, iaitu tapak pasar Ramadhan. Jiran kami, Cik Nab dan suaminya turut menumpang kami ke Pasar Ramadhan.
Sesampainya di sana, kelihatan selautan manusia membanjiri pasar itu. Sungguh meriah. Ape yg aku benci drive Naza Citra ni adalah sebab saiznye yg agak besar, amat letih aku nak menyelit antara kenderaan.
Adeyh, org Malaysia ni, main sukati je parking
Aku berkata dalam hati kepada kereta2 yg diletakkan bukan pada tempatnya sehingga menyusahkan pengguna jalanraya yg lain. Kami masuk ke perkarangan masjid Bukit Indah untuk parking di situ. Biarlah jauh skit, asalkan x menyusahkan orang.
Pencarian makanan bermula. Aku dan mak mule melihat2 makanan yg kami berkenan. Beberapa gerai kelihatan beratur orang untuk membeli. Amat lawa plak aku tgk barisan tu. Pandai pulak diorg ni beretika. Hehehe. Pencarian diteruskan. Aku membeli murtabak dan nasi ayam. Mak pulak membeli laksa. Abah hanya beli air tebu. Ikutkan hati, nak je aku beli banyak2, tapi pengalaman mengajarku. Time puasa ni mmgla rasa nak makan sume, tapi, biler buke, baru sedar banyak makanan. Pastu, mulerla buang makanan yg x abis. X ke membazir namenya?
Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.

(Al-Isra' : 27)
Jadi, aku pulang ke rumah dgn happy. Akhirnya, merasa gak pegi pasar juadah. Of course, di London nanti, akan aku rindu saat ni. OK, kepada semua pembaca (if any), Selamat Berbuka dan Bertarawikh!!
Daripada Sahal bin Said r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang yang menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya akan mendapat kebaikan yang berterusan”.

(al-Bukhari dan Muslim)
No comments:
Post a Comment