بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, baru je aku pulang dari membuat visa di Megalopolis Kuala Lumpur. Setelah berhempas pulas mebgisi borang, menyediakan sume dokumen, setelah beratus2 soalan aku ajukan, stelah pelbagai rintangan telah aku hadapi, akhirnya, sampai juger ke tahap ini.
Aku tahu, ade beberapa rakanku yg akan juger membuat visa pada harini. Aku bertolak ke Wisma MCA Jalan Ampang pada jam 7 pagi. Melalui jalan U-Thant bagi mengelakkan kesesakan di jalan Ampang, terus saje keluar di simpang SuCasa lalu memasuki jalan Ampang semula terus ke destinasi. TQ abah for being an excellent driver.
Kemudian, aku berseorangan. Aku menuju ke kaunter pak guard di tingkat bawah untuk bertanya tentang tempat Visa dibuat. Sedang aku bertanya, ade org menegur aku di sebelah. Terperanjat aku. Rupe2nya, itu adalah Raja Amila, pelajar jurusan Biological Sciences di University of Warwick tajaan PNB.
Jadi, kami ke tingkat 3 dan mengambil tempat duduk. Aku nampak Syafiq Misteri bersama bapanya sedang duduk. Stelah bersalam-salam semutan, kami berborak skit.
Aku bertolak dari Pahang pukul 4 pagi tadi.
Itulah jawapan ringkas Syafiq Misteri apabila aku interview dier.
X lame kemudian, berbondong2 muke yg ku kenal memasuki ruang menunggu itu. Da jadik macam reunion kolej plak. Aku listkan org2 yg aku cam dan ingat:
Lelaki: Apen, Nain, Kerul, Acipz, Basir, Johan, Shuib, Ayah Pin, Syafiq Misteri, Hisham, Vishnu, Firdaus Amaran, Wan
Pompuan: Milo, Ajah, Akma, Afiqah, Ain, Puvanna, Atikah MUSCOM, Min
Disebabkan ingatan aku yg x brape baik dan daya kepekaan yg kurang, maka, maaflah kepada mereka yg x disebut namer di sini. Bukan aku x suke korg, mungkin aku terlupe atau x igt (same je). Maaf. Namun, bagi sesape yg x berpuas hati apabila nama x disebut, bolehlah tinggalkan komen atau tulis di shoutbox. InsyaAllah akan aku edit.
Masing2 bersalaman dan bertanya khabar memasing. Maklumlah, dah lamer x jumpe. Terasa sungguh rindu dengan rakan2. Meriah sungguh keadaan dalam bilik tu. Dah 2 tahun bersama di kolej, mesti begitu kuat persahabatan kami.
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”
Riwayat Al-Tabrani
Setelah siap sume proses, aku turun seorang dan bergerak ke Ampang Park sorg. Dari situ, aku menaiki bas ke Ampang Point dan menunggu pintu shopping complex terunggul di Ampang ni dibuka. Tepat pkol 10, pintu dibuka, namun, masih banyak kedai x bukak lagi. Aku berjalan sorg2 berpusing2 di Ampang Point itu. Aku membeli beberapa helai pakaian dan membeli beberapa software computer.
Took a cab and back home around 10.30 a.m
Alhamdulillah, relieved, da antar visa application. Can only pray that my application will be approved.
1 comment:
aaaa...bapak x aci. time aku buat xde orang pn nak dtg jugak.
cis.
Post a Comment