>

Tuesday, September 2, 2008

Keletihan

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari kedua berpuasa. Mesti ramai dari korg yg tertanya-tanya, malah, mungkin menunggu-nunggu post aku harini. X lupe, maybe ramai yg pelik, mengapakah amat lambat sekali aku update blog harini. Adakah aku sakit, atau adakah aku lupe?

Udah2 ler perasan yg ramai org masuk blog kamu

Hati aku bercakap kepada akal.

Baiklah, kenape aku x mengupdate harini? Sbab harini terlalu amat banyak perkara yg perlu aku settlekan ditambah berbagai-bagai SMS yg perlu dijawab, (seawal jam 6 pagi tadi), ade yg bertanya tntg visa (ramai yg tanya, padahal aku x buat pun lg), ade yg bertanya tentang passport, ade yg bertanya tentang DHL, ade yg bertanya tentang Imperial, ade yg bertanya tentang Accommodation, ade yg bertanya tentang kad kredit, ade yg bertanya no telefon dan sebagainya. Harini, telah abisla kredit aku membalas SMS rakan2ku. Maaf kepada pengguna khidmat aku yg tidak menerima jawapan.

http://mobile.newsthis.com/wp-content/uploads/2006/12/sony-ericsson-w950i-walkman-5_450x360.jpg

Harini, seawal pagi, aku membuat medical checkup. Xdela banyak sgt perlu dibuat. Tapi, filem X-ray tu amat lamer untuk ditunggu. Tapi, not so bad, pukul 10 pagi da aku settle dan bertolak balik ke rumah menaiki teksi.

Kemudian, saat getir hidupku harini tiba. Menjelang tghari, aku berseorangan memandu kereta ke Bandar Baru Ampang untuk membuat bank draft utk buat visa dan juger untuk photostat ape2 dokumen yg perlu. Amat letih rasa badan, drive ke sana ke mari. Pada petang hari, aku pula menghantar mak ke klinik untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Cubaan bulan Ramadhan agaknya.

Dan malam ni, lpas tarawikh, perlu pulak mengambil Along dari IJN, terpaksa melalui Jalan Tun Razak yg penuh onak dan duri itu. Itu bahasa kiasan, xde duri atas Jalan Tun Razak yer, cume benyak kereta tu menjadi cabaran untuk diriku yg malas ni.

Jadi, itulah aktiviti aku yg membuat aku xde masa nak update blog, ditambah keletihan badan akibat puasa. Tapi tu x bermakna aku perlu menjadi pasif kan? Jangan jadikkan puasa sebagai alasan korg xnak buat kerja!!! Inipun saje je, nak mencuba menulis blog menggunakan laptop baru. Agak cool rasanya, hahaha.

Esok nak gi buat visa. Doakan aku berjaya!!!

Ya Allah, tetapkanlah imanku, tingkatkanlah kesabaranku, murahkanlah rezekiku, permudahkanlah urusanku, berkatilah apa yg aku lakukan, semoga aku tergolong dalam golongan yang Engkau redhai.

Selamat Berbuka!!!

Photobucket

No comments: