>

Tuesday, September 9, 2008

Vaccinated

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada pagi yg mulia ini, disebabkan waktu yg terluang, aku pegila melawat ke klinik Idzham di Taman Kosas yg xdela jauh sgt menaiki kereta, namun pancit juger andai berjalan kaki. Disebabkan xde ape nak buat arini, aku berkeputusan nak cucuk vaksin Meningococcal Quadrivatent utm penyakit Meningitis. Sbab Imperial galakkan aku buat, dan teringat plak firman Allah:

http://www.sacred-texts.com/isl/gif/002/002_195.gif
Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan; dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
(al-Baqarah: 195)

Doktor yg bertanggungjawab mencucuk aku adalah Dr Nazariha Akma yg amat ramah orgnye. Aku masuk je bilik beliau, trus beliau memberi salam. Sempat aku jeling di atas mejanya, terdapat sebiji al-Quran. Mungkin die baca time xde patient. Beliau bertanya,

Kenape ni?

Aku jawabler, saya nak buat vaccination Meningitis

Jadi, trus saje beliau mengeluarkan sbatang picagari dengan jarum di hadapannya. Beliau bukak peti ais berdekatan dan ambik sebuah kotak kecik lalu dibukanya dan mengeluarkan 2 biji botol yg amat cute rupe parasnya. Menggunakan syringe kecik tu, die sedut ubat tu lalu mencucuk ke tangan kiri aku lalu menolak piston pada syringe tu. Selesai, x sakit langsung.

Lepas ni, kalau awak rasa macam nak demam, telan Panadol 2 biji, pesan beliau

Certificate of Vaccination

Jadi, setelah pembayaran dilakukan, aku diberikan sebuah buku yg merupakan International Certificates of Vaccination atau Certificats Internationaux De Vaccination yang dianugerahkan oleh World Health Organization atau Organisation Mondiale de la Sante dan untuk bahagian misc, aku telah dicop vaccinated from meningitis.


Untuk pengetahuan, meningitis ni sejenis penyakit yang mana berlaku inflamasi (pembengkakan) yang berlaku pada membran di otak atau di spinal cord (ape BM die yer). Penyakit ni boleh membawa maut.

Alhamdulillah, dah dicucuk, selesai satu tugasan b4 fly ni.

Photobucket

3 comments:

syima said...

Alfatihah buat Dr Nazariha Akma..

Unknown said...

Alfatihah.. baru dpt tahu lepas balik dari klinik tadi.. beliau sgt baik & ramah.. sedih

Unknown said...

Alfatihah.. baru dpt tahu lepas balik dari klinik tadi.. beliau sgt baik & ramah.. sedih