>

Saturday, September 6, 2008

Fitness Report

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada jam 9 pagi, aku berseorangan memandu kereta untuk menuju ke Hospital Pakar Ampang Puteri. Setelah parking kereta dgn cemerlang, terus aku menuju ke Premier Health Screening Centre di tingkat 1. Setelah menunjukkan appointment card, nurse tu jawab:

Tunggu kejap, duduk dulu yer

Setelah hampir 5 minit duduk, nurse tu datang lagi dan meminta aku mengikutnya ke Ground Floor utk bertemu doktor perunding. Kemudian, doktor meneliti report kesihatan aku. Labih kurang camni la report tu:

Menurut Consultant Radiologist, Dr Amran, setelah melihat X-Ray aku:

No active lung lesion. The hilar vessels are normal. Normal heart size


Laporan Haematology:

Haemoglobin, 14.6 g/dL, Red cell count, PCV, MCV, MCH, MCHC, RDW, Platelet, MPV, ESR, White blood cell count sumer normal. Neutrophil, Lymphocyte, Monocyte dan Basophil juge normal. Tapi, Eosinophil aku agak tinggi, iaitu 12.5 %, range normal adalah 0-6 % sahaja, apakah?

Laporan Biochemistry

Glucose aku berada pada tahap 5.5 mmol/L, iaitu still dalam range normal, iaitu 3.9-6.1 mmol/L. Renal function aku pun sume normal. Kemudian, kami berpindah puler ke Lipid profile. Total cholestrol aku adalah 5.2 mmol/L. Itu adalah borderline org sihat. Sepatutnya kena rendah dari 5.2. Doktor cakap:

Awak x bersenam ke. Bahaya borderline ni, takut die naik nanti

Baiklah, akan aku jaga skit paras cholestrol. High density lipoprotein aku agak rendah, iaitu 1.35 mmol/L, sepatutnya kena lebih daripada 1.42. LDL aku melebihi paras normal, maka perlu dikurangkan pemakanan berminyak.

Liver function aku, sumernye normal dan xde masalah.

Laporan Serology:

Blood Group aku, seperti dah diketahui, A positive. Result utk VDRL, negative. Result utk HIV, negative. Untuk hepatitis, aku ada masalah. Untuk hepatitis A, kandungan antibodi aku hanya 4.9 IU/L. Kadar yg sepatutnya ialah lebih dari 20 IU.L. Untuk hepatitis B, antibody aku berada pada tahap 16.6 mIU/mL. Still active dan mencukupi. Tapi menurut doktor, tahap macamni akan habis dalam setahun. Jadi, aku digalakkan ambil booster.


Doktor yg check physical aku, Dr Siti Aishah berborak2 ngan aku. Mane aku nak pergi, biler, course ape dan sebagainya. Bile diketahui aku ni nak gi UK, makin bersemangat plak doktor ni. Maklumlah, beliau dapat MBBS di Queensland. Beliau berkata:

Kat sana nanti, jangan terperuk duduk London je, travella, pegi France ke dan sebagainya.

Setelah berterima kasih kepada doktor dan nurse, aku pun pulang ke rumah. Kesimpulannya, aku perlu bersenam dan jaga pemakanan!!!

Photobucket

No comments: