>

Wednesday, September 17, 2008

Tiga Budak London

بسم الله الرحمن الرحيم

Jangan ingat straight A boleh pastikan korg dapat fly

Itulah kata-kata yg dikeluarkan oleh Fitri di hadapan British Embassy. Beliau yg turun ke KL semata-mata nak uruskan visa nampaknya amat tension dan tertekan. Knape? Semuanya gara-gara Amir Faiz aka Apen yg direject application visa beliau kerana submit offer letter yg diprint.

Jadi, kami bertiga pergila ke British Embassy untuk merayu. Aku sbnarnye nak pegi PNB, sbab nak antar invoice tuition fee yg Imperial bagi. Saje je temankan mereka nih. Namun, pak guard yg menjaga pintu besi tu suruh Fitri pergi ke VFS di bangunan MCA. Sementara Fitri menyettlekan masalah die di VFS, aku dan Apen pergi ke PNB.

Terus je kami naik ke tingkat 38 bangunan PNB tuh. Dan apabila nampak je muke kitorg kat kaunter tu, akak tu seolah-olah memahami dan swipe card untuk kami masuk. Kami jumpe Pn Rukiah dan Apen menceritakan ape yg terbuku dalam hati. Kami siap duduk2 dan lepak2 selama hampir 20 minit menunggu Fitri datang.

Batch ke-11 PNB ni memang suke cipta sejarah, kan?

Aku dan Apen hanya tergelak. X mampu kate ape2. Banyak gak yg kami borakkan sesamer, daripada persediaan di Heathrow, smpilah ke tiket flight. Pn Rukiah gak menelefon sorg senior Imperial, Azlan Kamal (Apak) dan berkata,

Ni, ade junior awak ni nak gi Imperial, nanti awak tgk2kanlah die, sambil membuat muke kepada aku.

Akhirnya Fitri tibe. Kemudian die ceritakanla ape yg jadik dan akhirnya flight mereka esok terpaksa ditunda ke tarikh yang akan diumumkan. Fitri berkata:

Waa, sedihnya raya kat Malaysia

Jelas kekecewaan

Hurmm. Agak sedih. Dan alang2 da ade dekat KL nih, aku plak pergi ke VFS utk saje2 tgk visa aku, da siap ke blom. Pergi tingkat 19 dan terus ke kaunter 5. Tapi, amat kecewa kerana blom siap, walaupun da aku expect.

Kami bertiga pun pulang ke rumah dengan kekecewaan yg terbuku dalam sanubari. Moga urusan kami dipermudahkan.

Photobucket

1 comment:

Anonymous said...

Baru nak sedih, tapi tengok gambar tu nak tergelak pulak...