بسم الله الرحمن الرحيم
Pada jam lebih kurang 8.47 pagi waktu Malaysia smalam, dgn menaiki kereta Naza Citra, kami sekeluarga (Abah, Emak, Aku, Angah dan Along) berlepas ke kampung kami di Muar, Bandar Maharani. Perjalanan agak lancar sbab xde kereta sgt kat Lebuhraya Utara-Selatan ni. Aku yg memandu kereta agak selesa memandu dgn constant speed 120 km/h.
Sepertimana dlm rancangan, kami singgah sebentar di Bukit Piatu, Melaka. Di sinilah abah dilahirkan. Kami bertemu dgn Pak Ngah Eddie dan Atuk Mustaffa. Atuk di Melaka hanyalah atuk sedara aku, namun, dielah yg menjaga abah semenjak kecil, sbab abah kehilangan ibu bapa dari kecil dulu. Kami pun borak2 la. Dan Pak Ngah Eddie sesekali kacau aku,
Jangan nangis plak time raya nanti.
Hehehe, aku hanya tersenyum sinis. X tahulah camne nanti. Susah gak nak kate aku x sdih. Tapi, akan aku cube control macho dgn menahan sebak di dada, isk. Kemudian, Pak Ngah Eddie mintak email aku, senang nak contact. Ntah camne ntah, die tny address blog aku. Sekali lagi aku dikacau:
Ko ni ade blog, kena tahan ISA karang
Hahaha, aku gelak. Mungkin sbab keadaan semasa di mana bloggers2 disenaraihitamkan kerajaan dan dikenakan tahanan ISA. Tapi, aku nih xdela cakap psl politik, apatah lagi menghasut mana2 pihak. InsyaAllah.
Kemudian, kami meminta diri untuk meneruskan perjalanan ke Muar, Johor. Aku bersalaman dgn atuk, dan, eh, terasa ada sumting plak kat tangan atuk. Rasa macam kertas, tapi kertas apakah ini? Dan aku usha tangan aku, ade duit, yeayy, duit raya pertama aku tahun ni. Jadi, atuk dan Pak Ngah mengucapkan all da best dan blaja bebetul.
Perjalanan diteruskan. Jalan dari Melaka ke Muar nampaknya da jadik macam highway. Amat lancar perjalanan, hanya 20 minit, da sampai Muar (pronouncation Muow). Singgah plak di rumah Mak Cik Nina. Kemudian, da borak2, sambil tgk rancangan 'Bolos', kami teruskan perjalanan mengharungi kesesakan lalulintas di Bandar Muar tu. Dari dulu aku rasa sesak camni. Adeyh. Kami singgah plak di rumah Mak Busu. Proses yg sama diulang, dan setelah 2 jam lebih di sana, kami minta diri dan Mak Busu menghadiahkan aku kuih tart, untuk aku beraya di sana, isk. TQ.
Kemudian, sampaila ke destinasi terakhir kami di Muar ni, iaitu, rumah pusaka arwah atuk yg kini diduduki oleh Mak Tam sekeluarga. Kami singgah dulu di pasar juadah membeli macam2 juadah berbuka puasa. Antara yg menarik di Muar ni, nasi ambang dan Murtabak Singapore. Keunikannya membuatkan aku membeli. Hehehe.
Hari kedua dimulakan dgn bersahur spt baser. Disebabkan aku tidor pkol 10.30 malam, maka, amat segarlah aku bersahur dgn memakan nasi lauk kari ayam yg masyuk. Dan pada pukul 8.30 pagi, kami pun bertolak pulang. Ketika bersalaman ngan Pak Tam, terasa lagi ada kertas di tapak tangannya. Eh, duit raya lagi. Kemudian, bersalaman plak dgn Mak Tam, dan, eh, duit raya lagi? Along dan Angah nampaknya agak frust apabila x dpt duit raya, hahaha.
Sebelum pulang ke Slangor, kami singgah sebentar di Seremban utk melawat Mak Teh. Kami berborak2 dgn gembira. Dan rata2 tanya,
Biler pergi? Adoi, x dapat raya kat sini la?
Isk2, jgnlah menambahkan kedukaanku ini. Huhuhu. Dan sekali lagi, proses bersalaman sambil mengaut wang berlaku. Pak Teh dan Mak Teh due2 bagi aku duit raya. TQ. Tujuan utama nak balik kampung adalah nak jumpe sanak sedara sbab x jumpe masa raya, tapi apakan daya, dapat duit skali. Orang kata:
Sambil menyelam minum air, sambil ziarah dapat duit raya.
Huhuhu. Tapi yg lebih penting adalah doa anda sumer yg mengiringi aku ke sana. Moga aku dapat pergi, belajar dan pulang dgn selamat. Doakan aku pulang dgn kejayaan dan pengalaman untuk berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara (bukan Negara, Bangsa dan Agama macam BTN).
Letih ni, nak rehat, papai!
No comments:
Post a Comment