Monday, September 29, 2008

A Trip to Greenwich

بسم الله الرحمن الرحيم

Disebabkan kami ni masih xde hall di London, maka, kami ni merempatla di rumah Isa, super sneior kami. Namun, perasaan malu menyelubungi diri apabila menjadi free loader di situ. Maka, Shah menjadi mastermind untuk plan aktiviti pembawaan diri kami.

Tower Bridge

Plan dibuat untuk kami bermalam 2 malam di Greenwich, di mana Famy, Iman dan Fazdhly berada. Kemudian, kami (aku, Mas, Pidah, Shah) bertolak dari London ke Greenwich. Pada mulenya, nak naik tren, tapi sbab tube tgh diselenggara, maka, kami menukar plan dan bercadang untuk naik ferry. Yup, amat old school dgn menaiki ferry.

Tapi yg menarik, kami menjelajah beberapa tempat menarik di sekitar kota London ni. Tower Bridge, dan bermacam2 lagi. Kami gak dapat pengalaman naik ferry mengelilingi London, bandar dgn udara tercemar nih.

Bersama budak Greenwich, Famy

Akhirnya, sampai gak ke Greenwich, di mana GMT = 0. Tersergam bangunan University of Greenwich. Amat lawa bangunan die, amat klasik dan terperinci struktur senibina die, x macam Imperial yg macam kotak jer. Kemudian, kami naik bas pergi ke Avery Hill, di mana Famy dan Fazdhly tinggal.

Suhu amat sejuk. Sekitar 10 celcius. Ditambah dgn deruan angin yg menyejukkan lagi keadaan. Bibir aku asyik kering je, hampir abis lip balm aku dibuatnya, huhuhu. Aku dan Pidah tidor di bilik Famy manakala Shah dan Mas tidor di bilik Fazdhly.


Hari kedua di Greenwich, disebabkan Iman, Famy dan Pali ade tutorial pada tengahari, aku, Mas, Pidah dan Shah melawat ke National Maritime Museum. Salah satu sbab kami masuk adalah admission yg percuma, hahaha. Kami jejalan di dalam museum tu dan sungguh kebuhsanan juger. Mana x nya, sume tunjuk kapal, lukisan dsb. Namun, kami agak enjoy main simulasi kapal dan simulasi meriam, hahaha. Riuh dibuatnya.


Lepas da letih, kami balik ke Uni Greenwich untuk solat di prayer Hall. Pali, Famy dan Iman ade tutorial smpi kol 6 petang. Sekarang, kami di ruang luar library Uni, mengupdate blog, hahaha. Sejuk jari ni, susah nak menaip.

BTW, ni nombor aku di UK, klu nak SMS atau call, dialu-alukan:

+447599585899

OK, nak buat preparation berbuka (dengan membeli), hahaha. Wasalam, selamat Hari Raya buat semua!!!
Photobucket

Sunday, September 28, 2008

Dunia Baru

بسم الله الرحمن الرحيم

Perhatian, post ini tiada kaitan dgn Drama Dunia Baru di TV3 tu tau.


Alhamdulilah, menjejakkan kaki ke United Kingdom, di bumi London ni bersama2 rakan2 yg lain semalam. Perjalanan 13 jam yg melenguhkan badan serta membusankan akhirnya sampai ke penghujung.

Sewaktu di airport, kami dijemput oleh Encik Zaki, orang dari MSD, Pn Rahiyah, orang PNB di UK serta super2 seniors yg amat setia menunggu. Isa, dari Imperial serta Firdaus Rahim dari Notts. Maka, kami terpisah. Bebudak Warwick pergi dgn menaiki bas terus ke Coventry dan aku, Irfan dan Isa dibawa oleh Encik Zaki ke MSD dgn menaiki kereta, best, sebab free.


Aku dibawa ke rumah Isa, dan berjumpa Masrizan dan Shah yg masih mengantuk, jetlag. Lepas riuh rendah bersalam dan berpelukan, aku duduk2 skjap. Mmg x letih sgt rasa badan, maklumlah, dah sampai ke UK, macam excited giler. Lpas tu, aku diajak utk berjalan2 sekitar London. Dan, aku, ape lagi, walaupun x cukup tido, kembali segar apabila diajak berjalan.

Dari umah Isa, kami berjalan ke kota London. Mmg amat kurang bangunan tinggi. Sume kedai kecik2 tapi banyak. Jalan pun kecik jer. Namun, ape yg aku kagum ngan diorg ni, sivik tinggi giler. Contohnya, nak lintas jalan, kengkadang xde traffic light pun, gune Zebra crossing jer. Tapi, Isa dgn slambernya melintas tanpa tgk kiri kanan. Dan, yg amat menarik, kereta2 di jalan tu berenti, even kiter masih baru sentuh kaki kat jalan tu, dan even kalau kereta tu masih di lorong bertentangan. Hebat.

Portobello Street

Untuk merasai tradisi dan adat orang di sini, Isa membawa kami ke Portobello Street, kalau kat Malaysia tu, ibarat Petaling Street. Cume kat sini, banyak barang2 antik yg dijual dan disebabkan hari kami pergi adalah Sabtu, maka, amatla ramai orang bersesakan di situ, letih gak menyelinap sana sini, dan kami x belanja ape2 pun, hahaha.

Central Mosque

Pastu, kami naik Tube. Isa membelikan kami Oyster Card, ibarat Touch N Go di Malaysia. Tube punyer map ni, bapak berserabut. Banyak gile station. Dan aku, Mas dan Shah hanya ikut je ke mana Isa pergi bawak kami, hahaha. Kami singgah di Central Mosque of London untuk bersolat Zuhur. Di situ, English usage aku mule diuji bile aku borak2 ngan Pak Arab di situ.

MasyaAllah, brother, Alhamdulillah


Pastu, kami sampai di Westminster. Dari situ, nampak London's Eye, Parliament dan Westmister Abbey. Kitorg duduk di Parliament Square hampir setengah jam. Sumenya gara2 rumput yg sejuk dan best amat duduk atas rumput tu dalam suasana 14 darjah Celcius. Kami agak melanggar adat di situ. Omputeh sume duduk di bahagian yg kena cahaya matahari, tapi kami ni, duduk di bahagian yg redup2 jer, hahaha. Peduli ar.


Lpas tu, kitorg pegi la plak ke Imperial College, tempat kitorg nak blaja nanti. Kitorg naik bas jer. Bas agak banyak di sini. Asyik nampak bas je keje. Kereta plak pelik2. Bile nak bas double decker je, mesti kitorg lepak atas, padahal 2 station jer, hahaha. Sampai je di Imperial, kami singgah kjap di prayer room Imperial b4 kami menjelajah masuk ke bangunan IC, melalui Tanaka Business School, masuk ke Department of Biochemistry, hahaha.

Lpas da letih menjelajah London dari 11 pagi sampai 5 petang, dan disebabkan aku ni yg x sempat rehat lagi semenjak sampai ke London, aku da letih amat. Mata kuyu, kepala pening. Jadi, kami menuju ke Malaysian Hall untuk persediaan majlis berbuka. Terjumpe plak dgn Ajah, dgn rakan2 Surreynya, hurm. Pastu, Iq, Fitri, Famy, Adam, Bashir dan Iman pun datang utk berbuka di Malaysian Hall. Meriah sungguh bebudak KYUEM ni da kumpul

Ok, nak pegi jalan ke Greenwich plak, Salam, doakan aku selamat.
Photobucket

Friday, September 26, 2008

Gloomy

بسم الله الرحمن الرحيم

Barang sume dah dipack, dokumen sume dah disusun, senang citer, sume benda da macam ok ler.


Macam x percaya, harini aku akan berangkat jauh, beribu batu meninggalkan negara, meninggalkan ibu bapa, meninggalkan family. Bagiku, ini adalah hijrah. Ini adalah suatu perubahan, moga membawa kepada kebaikan. Sebuah perubahan sudah pasti perlunya pengorbanan. Inikan pulak perubahan yang menjanjikan syurga Allah. Dah pasti amat besar pengorbanan perlu dilakukan.

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(An-Nisa':100)

Selamat tinggal kepada kenalan di Malaysia, doakan kejayaan aku di sana dan doakan aku membawa pulang sesuatu yg berharga untuk agama. Kepada kenalan di United Kingdom, selamat menyambut kedatangan aku, hehehe. Selamat berjumpe dan berjuang bersama.

InsyaAllah, flight aku akan berlepas jam 11.40 malam waktu Malaysia. Perjalanan akan mengambil masa 13 jam 10 minit, lebih setengah hari. Dijangka tiba di Heathrow pada jam 5.50 oagi waktu United Kingdom. Moga perjalanan ini lancar dan dipermudahkan. Amin.

Akan kembali blogging di United Kingdom, insyaAllah.

Photobucket

Thursday, September 25, 2008

Jelajah KL Episod 2

بسم الله الرحمن الرحيم

Jika semalam aku menjelajah part dodgy dalam KL, maka, harini, aku berkeputusan menjelajah kawan posh KL plak. Hahaha. Setelah bersalaman dgn emak, dengan lafaz Bismillah, aku keluar dari rumah lalu menaiki bas RapidKL menuju ke Ampang Park.

Dari Ampang Park, aku melalui hadapan Citibank lalu menuju ke PNB menggunakan jalan belakang, menyusuri PNB Darby Park. Dengan pantas, aku menuju ke tingkat 38 menara PNB. Seperti baser, akak yg duk dlm tu swipe card die bagi aku masuk. Namun, Pn Rukiah tiada, ade meeting menurut akak tu. Xpela, aku amik tiket flight aku dan terus turun semula.

TQ sudi sponsor aku

Disebabkan xde ape nak buat lagi, aku berjalan slow2 menuju ke KLCC, bangunan berkembar yg terpacak di tengah KL tu. Sepanjang perjalanan, aku ambik gambar sekeliling, macam pelancong plak. Mane tau, klu rindu Malaysia kat UK nanti bleyh la aku tgk balik gambar2 nih. Lepas penat ambik gambar, aku duk kejap berehat di taman KLCC tu.


Tanpa disangka-sangka, Syauqi menelefonku. Aku angkat. Dier bertanya aku macamane nak ke Pekeliling.

Ko kat mane? Aku tny

KLCC, die jawab


Terbeliak mata aku mendengar KLCC tu. X sangka, die ade kat situ, x plan pun.

Aku pun kat KLCC, jom jumpe


Kitorg pun berjumpa di pintu besar Suria KLCC berhadapan dgn Jalan Ampang. Rupe2nya Syauqi baru amik visanya yg dah siap. Die akan fly ke University of York pada 9 Oktober. Waah, lambatnya, sempat raya seminggu. Sampai busan menjamah rendang n lemang! Hahaha. Sungguh meriah, sbab dah lamer x jumpe, macam2 kami bualkan. Tetiba, Fitri plak call.

Aku kat PNB ni, die cakap

Syauqi ckp, wah, kitorg kat KLCC, Jpah pun ade skali ni, jom ar

Maka, Fitri bersetuju dan Aku dan Syauqi menunggu kehadiran beliau di hadapan kedai Adidas. Sedang sibuk menunggu, tetiba seseorang datang kepadaku dan cakap,

Nak tny skit

Sape plak ni? Aku menjenguk. Wah, Rasyidah (Ede). Budak yg bakal ke Cambridge tu? Ape plak yg die buat kat sini? Rupe2nya, die baru balik dari PNB gak dan ade masalah nak buat travellers cheque, jadi aku cadangkan die buat di CIMB Tun Perak. Pastu, die pun menghilangkan diri, hahaha.


Fitri tiba. Masing2 bersalam dan bermesraan. Hahaha. Rupe2nya, visa Fitri dah lame diluluskan, harini die amik tiket untuk flight die MALAM ni. Yup, malam ni Fitri akan menerbangkan diri ke UK. So, kami pun bincang2la. Kami gak ulangkaji balik cara semayang dalam flight, cara amik wudhu; gune khuf dan sebagainya. Memetik kata2 Syauqi:

Kiter x plan pun, tapi tetap dipertemukan oleh Allah kat sini

Sambil pusing2 ngan diorg, aku berenti di kedai Nike. Nak beli sandal. Aku ni x kesah pun gune sandal lame, tapi emak suro aku tukar gak sandal baru. Aku xnak melawan, jadi, berenti di kedai Nike dan beli sepasang sandal yg OK la gak. Kemudian, abah plak suruh beli T-Shirt yg smart skit utk fly esok. Aku, Syauqi dan Fitri pusing2 masuk kedai Adidas, Quiksilver, Billabong dan sebagainya, tapi still aku x jumpe t-shirt idaman. Kesian diorg yg mengikutku.


Lpas penat pusing2 sekitar Suria KLCC tu, kami menuju ke Putra Station. Syauqi akan balik ke Pahang manakala Fitri akan balik ke Nilai. Aku dan Fitri bersalam SEMUT sebelum berpisah di situ.

Selamat fly, jaga diri

Aku ucapkan sewaktu kami berpelukan. Dan Syauqi, lambat lagi ko nak fly, nanti la dulu, aku simpan ucapan aku, hehehe.


Kepada Fitri yg akan fly malam ni, selamat fly, jaga diri, jaga iman, jaga akhlak!

Pertemuan yg x dirancang menjadi suatu perpisahan yg amat bermakna.

Photobucket

Blog Tutorial: Scrolling Text

بسم الله الرحمن الرحيم

Apakah itu rolling text? Kalau korg perasan, bahagian sidebar aku tu, ade satu slot dipanggil 'Terbaru Dari Aku'. Yang text die bergerak tu. Term rolling text ni aku yg reka, sbab x tau nama sebenar benda ni, hahha. Kalau korg tahu, bgtau aku yer?


Disebabkan ade yg bertanya camne nak buat macam tu, maka, tergerak hati plak nak menulis psl mende ni, di samping da xde idea nak menulis ape lg, hehehe. Sebenarnya benda ni hanya menggunakan simple HTML code jer, juz letak code ini:


Jangan lupe untuk letak ape yg korg nak tulis dalam ruangan Mesej Korang Di Sini tue, dan untuk ubah scrollamount dan height tu pun, juz cube2 je letak ape2 nilai n tgk perubahannye, kire kaedah cuba jaya la ni. Dan untuk menulis di line baru, juz tambah code br/ tu untuk pergi ke line baru.

Slamat Mencuba. Sebarang pertanyaan atau ingin melaporkan malfunction of diz code, sile inform aku yer!

Photobucket

Wednesday, September 24, 2008

Gelagat Orang KL

بسم الله الرحمن الرحيم

Waaa, lagi 2 hari je nak berlepas ke United Kingdom. Nak menjelajah negara org la katakan. Tapi, hakikatnya, negara sendiri pun x abis jelajah, waaa. Ade beberapa negeri yg masih aku x jejak lagi, iaitu Kedah, Penang, Perlis dan Sabah. Dan kalau nak ikutkan, aku nih da duduk kat Klang Valley ni berbelas tahun, tapi KL pun x abis jelajah. Muzium Negara, Sky Bridge, KL Tower pun x pernah pegi, malu. Hahaha.


Maka, harini pun aku keluar rumah, mengambil tren STAR LRT dan menuju ke KL. Aku jalan sengsorg di Jalan Tun Perak melalui hadapan mahkamah. Aku lihat kanan, Petaling Street yg berbumbung hijau tu. Di sinilah banyak barang2 pirated boleh dibeli, hehehe. Kalau jalan menyusuri Petaling Street, sampai plak ke Jalan Masjid India di mana ade sebuah masjid di situ. Kat sini, paling ramai org adalah di Mydin. Kemudian, masuk plak ke KAMDAR lalu tembus ke pintu hadapan, da sampai ke Jalan TAR. Jalan TAR ni basernya tumpuan org pompuan, lebih2 lagi time2 nak raya nih. Maklumlah, kain tudung, baju2 sume murah. Kuih raya pun banyak gak.


Org cakap berjalan sengsorg kat KL ni bahay. Ye ke? Maybe kut. Common sense la, kalau sengaja bukak dompet tengah2 dunia, mmg kamikaze namanya. Dan x payahla lalu tempat2 yg xde org, contohnya back alley. Aku pun cuak. Tapi Alhamdulillah, selama ni, aku jalan sengsorg kat Central Market, pegi ke pejabat Pos Besar dan terpaksa lalu back alley yg penuh penagih, xde ape2 jadik kat aku. Tapi, agak cuak dan bahaya.

Terfikir duit aku di dalam akaun. Still ade some amount of money. Xkan nak tinggalkan kat Msia? Kalau tukar kepada pound, still berbaloi nilainya. Jadi, aku sekali lagi pegi ke CIMB Tun Perak lalu terus mengisi borg untuk buat lagi travellers cheque, nak mengabiskan baki duit dalam akaun tu. Yg selebihnya, akan jadik cash.

Aku tgk sekeliling bank tu. Kelihatan ramai org dan rata2 nya pegang duit RM 1 yg tebal dan bungkusan ang pow. Hurm, ni mesti kes menukar duit untuk duit raya nanti. Aku terdengar kata2 seorang abang yg duduk di hadapan aku:

Aku ni ade meeting, tapi tukar duit lagi penting, sbab duit baru susah nak dapat

Huh? Sampai camtu skali yer, hebat betul penangan duit raya. Aku tgk poket baju abang tu, berat nampak dgn duit RM 1 dan RM 5. Member die cakap:

Ko ni macam baru rompak bank jer

Hahaha, tersenyum aku tgk gelagat diorg. Aku tgk satu kaunter berbaris panjang mengalahkan org nak beli Din Murtabak. Ni mesti kes nak tukar duit gak ni. Seronok btul aku di bank ni melihat gelagat manusia menjelang Aidilfitri.


Selesai di bank, aku menuju je stesen STAR balik. Memang ramai org lalu-lalang, bz sungguh org KL ni. Aku membeli tiket ke Ampang lalu menunggu tren utk datang. Kelihatan di skrin maklumat:

Tren ini akan ke Sri Petaling. Tren berikut ke Ampang

Owh, terpaksa aku menunggu lagi. Sesambil menunggu, aku membaca buku 'Talk to the Hand'. X elok buang masa kan? At least, biarla aku baca skit. Tetiba, ade sorg abang mendekatiku dan bertanya,

Dik, camne nak pegi ke Bandar Tasik Selatan?

Aku pun jawab,

Abang naik tren yg tulis 'Sri Petaling', tren yg akan datang lpas ni la

Abang tu jawab sambil tersengih,

Terima kasih dik. Abang ni da lame duk KL, tapi x pernah naik tren ni

Aku tersenyum. Nampaknya, ade org yg lebih kronik keadaan daripada aku. Hahaha. Baru beberapa baris aku baca buku, datang pulak seorang budak berbangsa Cina kepada aku:

Tumpang tanya, kalau saya nak ke Plaza Rakyat, tren ke Sri Petaling atau tren ke Ampang yg perlu saya naik?

Aku menjawab,

Dua2 boleh.

Sambil tersenyum, beliau mengucapkan terima kasih.

Ntahla, lepas aku membantu 2 org tu, walaupun kecik je bantuan aku, aku rasa macam puas hati, dan rasa senang hati dan lega. Ntahla kenapa. Sepanjang dalam tren, aku menyimpan buku aku dan berfikir, knape aku rasa camtu? Akhirnya, aku dapat beberapa kesimpulan.

Mungkin aku lega kerana dapat membantu org, sbab itulah fitrah manusia yg mmg sukekan kebaikan. Mungkin aku senang hati sbab dapat membantu org pasal aku menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang Islam. Dengan membantu org, kiter akan menjadi duta kepada agama dan negara. Lebih2 lagi, lpas aku tolong Chinese Guy tadi, rasa lega amat, mungkin sbab aku takut die fikir yg x elok psl Islam, moga2 lpas aku membantu die, die akan dekat dgn Islam.

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”
(al-Mumtahanah: 8-9)

Sampai di Ampang, aku menaiki teksi untuk ke rumah. Dan pakcik yg pandu teksi ni bukan main mesra rakyat. Abis kami berbual dan abis aku ceritakan yg aku akan beraya di luar negara.

Waa, sedihnya, kata pakcik tu.

Nak buat camne pakcik, nak berjaya kena berkorban.

Xpela, blaja la tinggi, pastu, balik, jadik pemimpin utk negara, pemimpin yg rakyat hormati

Dan dengan itu, secara rasminya, pakcik ni da menjadi guru aku. Nape? Sebab, seorang itu layak dipanggil guru walaupun hanya mengajar kiter satu ayat sahaja.

Harini penuh dgn pengalaman berharga. At least, sebelum aku fly nih, aku dapat melihat gelagat dan telatah warga KL. Aku nak tgk, 3 tahun dari sekarang, iaitu ketika aku da balik dari UK, adakah gelagat ini sudah berubah. Menjadi lebih baik atau sebaliknya? Tu tujuan aku nukilkan perjalanan hari ni sebnarnya.

Wallahu'alam.

Photobucket

Tuesday, September 23, 2008

Hadiah

بسم الله الرحمن الرحيم

Terharu. Dah nak fly ni, mendapat macam2 hadiah daripada banyak pihak iaitu family, sedara-mara, rakan2 malah, ade gak pembaca blog yg poskan hadiah. TQ.


Beribu terima kasih terutama kepada pembaca blog yg mengeposkan hadiah. Walaupun x knal, x pernah jumpe, xde ape2 kaitan pun, melainkan saudara seIslam, tapi korg sanggup bagi hadiah kat aku walaupun aku pernah tolong korg sikit jer, amat sikit, maybe x menolong pun, isk, rasa x sanggup menerima hadiah ni. Tapi sbab da pos, aku xleh menolak, hahaha.


Memetik nota yg dipos kepada aku oleh seorg pembaca blog yg xnak nama die ditulis di dlm blog nih:

Sahabatku kesayangan Allah. Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya. Andai muatan kita adalah iman dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

Really appreciate pemberian korg, walau sekecil mane pun. Walaupun dipisahkan dengan dua benua, pastikan ukhuwah ini berkekalan! Akhir kata, doakan aku selamat di sana, itu yg lebih penting, insyaAllah.

Mood: Terharu, sebak di dada....

Photobucket

Madrasah Tarbiyyah

بسم الله الرحمن الرحيم

Klik untuk imej besar giler

Ramadhan adalah Madrasah Tarbiah, pasti sumer org dah pun tahu hakikat ini. Dalam bulan Ramadhan, kiter dilatih untuk bersabar, menahan lapar dan bersyukur. Dah hampir sebulan kiter berpuasa tahun ni, adakah kiter sudah betul2 ditarbiah?

Madrasah ini bakal berakhir. Jika AF abis, kiter akan menangis, tapi adakah akan menangis kiter jika Madrasah setahun sekali ini tamat?

Adakah kiter akan graduate dengan mumtaz daripada Madrasah ini tahun ini?

Photobucket

Monday, September 22, 2008

Gagasan Huzaifah Sedunia

بسم الله الرحمن الرحيم

Di kesempatan ini, aku ingin mempromote sebuah laman web yg beralamat:

http://www.huzaifah.org/

Tapi ingin dinyatakan, laman web di atas bukanlah blog aku, sbab aku xde duit nak beli domain sendiri, hehehe. Laman web di atas adalah milik seorang yg bernama Huzaifah. Yup, ade ramai org nama Huzaifah. Dan beliau telah meletakkan blog aku dlm blogroll beliau, maka, aku amat berterima kasih kepada Huzaifah ini, huhu.

Huzaifah ni bg mesej kepada aku:

Assalamualaikum... :) aku memang dah mencari Huzaifah2 seluruh Malaysia ni tapi pengalaman2 yg lepas buat aku serba salah... Aku even pernah bercinta dgn org name Huzaifah... Tp skang aku dah sedar... Cinta Allah itu yg utama.. sama-sama la kita menegakkan Agama Allah... :D

So, Bro Huzaifah (mcm pelik plak panggil name sendiri), tq for ur link, n salam ukhwah. Walaupun x berkenalan, tapi tu x menjadi sempadan blogoshere ini, hahaha.

Mari wujudkan Gagasan Huzaifah Sedunia, mengumpul sumer org bernama Huzaifah, hahaha!!!

Photobucket

Money!

بسم الله الرحمن الرحيم

Maka, harini pun aku berkelana lagi keluar dari rumah untuk menyettlekan duit2 yg bakal aku bawak ke dunia baru, iaitu United Kingdom. Disebabkan PNB bagi full amount, maka, agak pening nak menguruskan.

Aku perlu bayar 1200 pound utk accommodation, so, xlehla nak buat sume bank draft, sbab maybe memerlukan seminggu utk cash in ke bank di UK. Tapi, xkan plak nak bawak hefty amount of cash in my pocket? Maka, solusi yg aku dapat fikirkan ialah travellers cheque.

Aku pergi ke CIMB branck Ampang Point utk buat bank draft dan travellers cheque. Namun, agak keciwa apabila kakak di kaunter tu kater di sini xde travellers cheque. Maka, aku juz berjaya buat bank draft dgn nilai sekian2. Kemudian, aku insist utk makcik dan pakcik tu investigate, branch mane yg ade travellers cheque. Setelah diteliti, branch di Jalan Tun Perak ada jual. Aku insist lagi abang tu supaya call branch Tun Perak dan reservekan travellers cheque utk aku.

Bank Draft

Kemudian, terus aku berlepas ke Jalan Tun Perak dgn menaiki STAR LRT. Sesampainya di Masjid Jamek, aku nampak satu bangunan CIMB lalu tanpa rasa bersalah, terus je aku masuk. Aku tny pak guard dalam lif,

Kalau saya nak buat travellers cheque, nak pegi floor mane

Beliau menjawab, Dik, ni office jer, kalau nak pegi bank, adik kena jalan skit ke sana, sambil menunjuk ke suatu arah.

Wut the? Arghh, penatnye aku. Jadi terus aku turun semula ke ground floor lalu berjalan mengharungi lautan manusia menuju ke Jalan Tun Perak. Akhirnya, berjumpa gak ngan destinasi pilihan. Terus aku masuk, amik no dan isi borang. Kemudian, no dipanggil lalu aku menuju ke kaunter dan menceritakan apa yg aku nak.

Cek Kembara

Penghargaan diberi kepada akak yg layan aku tu di atas kesopan-santunan, kelemah-lembutan dan ketatasusilaan beliau serta semua sifat2 Mahmudah yg ada pada diri beliau, hehehe. Aku igt nak letak nama die dalam blog ni, tapi apakan daya, sejurus travellers cheque diserahkan, terus aku lupe nama die. Sorry kak! Sorry gak sebab saya ni banyak kerenah, mintak convertkan nilai ni la, mintak checkkan akaun la, tapi tetap akak ni membalas dgn senyuman.


X dapat raya kat sini la, akak tu tanya. Soalan biaser yg org tny, isk. Nampaknya, perlu aku rekod jawapan dan hanya tekan replay je klu org tny.

Pastu, aku pun balikla ke rumah dgn menaiki STAR juger...

Photobucket

Sunday, September 21, 2008

PUISI 08

بسم الله الرحمن الرحيم

Photobucket

Setelah Isa (super senior IC) mengajak aku pegi PUISI tahun ni, aku x dpt menahan diri lalu pergi register. Jadi, marila sama2 register awal, sbab tempat adalah terhad. Untuk register, pegi sini:

Photobucket