>

Monday, April 26, 2010

Badut Jalanan

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum. Sekadar penghibur di kala penat stadi nih. Video ini berkaitan PRK Hulu Selangor baru-baru ini:




What? Inikah orang Malaysia? Inikah orang Melayu? Inikah orang Islam? Perangai tak senonoh, aku pun terkesima dengan perlakuan macam ni. Memangla berseteru dalam fahaman politik, tapi x bleh ke bersaing secara bertamadun? X bleh ke nak menunjukkan akhlak yang baik. Aku yakin, diorg ni Melayu, malah Islam pula. Adakah mereka lupa pesanan Nabi:

Sabda Rasulullah s.a.w:”Sesungguhnya Allah SWT telah menyerahkan agama itu pada diri seseorang, maka tidak baik agama itu melainkan dengan ketinggian dan keelokan akhlak. Adakah kamu mengelokkan agama kamu dengan kedua-dua sifat mulia ini? ”
Riwayat at-Tabrani

Ni bukan setakat mencerca dan memfitnah, tapi tanpa segan silu melakukan aksi lucah dan kurang ajar di khalayak ramai. Mana pergi sifat malu itu?

Aku tak nafikan, mungkin ada di kalangan penyokong parti-parti lain yang turut buat perangai camni. Namun, biarlah video ini menjadi peringatan buat kita. Jangan terlalu taksub dengan fahaman politik yang entah boleh membawa ke syurga atau tidak, sehingga menggadai maruah agama dan bangsa itu.

Moga pejuang-pejuang Islam tidak terikut-ikut rentak badut-badut di jalanan ini.

Photobucket

5 comments:

Farhan Baku said...

haih...tatkala minat menjadi taksub. inlah jadinya... :(. rileks2 sudah...

Anonymous said...

salam wbt..

mungkin mereka bukan sekadar lupa, namun mereka malah tidak tahu pun apa yang Nabi pesan..

wallahualam..

daYang

pencinta said...

malu rasanya tengok video ni..budak kecik pun tau malu

Anonymous said...

mintak maaf sdr.tapi rasanya agak jahil jika nak cakap semua orang parti lain "badut jalanan".sdr lupa ke masa pilihanraya yang lepas,apa jadi di tempat tuan guru sendiri.batu dibaling ke bas,secara random nya.kad pengenalan orang dalam bas dirampas,siap ada orang baring2 di tengah jalan lagi.bertamadun kah itu?dan adakah ini lambang kepada parti yang sdr sokong ni?tuan guru tak ajar benda2 ni,drang yang buat sendiri,tapi adil ke kalau kita nak cakap ahli parti ni bodoh berdasarkan apa yang drang buat ni?

Jpah said...

Terima kasih atas komen.

Saya tidak pula mengecilkan skop badut ni kepada sesebuah parti sahaja, sebaliknya, saya turut bersetuju bahawa parti-parti seperti PAS, PKR, DAP, BN dan macam-macam lagi turut mempunyai watak seperti ini. Biasalah, manusia itu pelbagai, maka, tidak boleh nak pukul rata perangai seseorang itu dengan parti yang dia wakili.

Semua manusia dari mana-mana parti pun wajar dikatakan sebagai badut andai berperangai tidak sepatutnya. Bukankah Saudara Khairy Jamaludin pun pernah menyatakan aktivis BERSIH sebagai badut? Saya bersetuju dengan beliau jika beliau merujuk kepada mereka yang berlebihan dalam berdemonstrasi.

Moga bermanfaat