>

Saturday, April 17, 2010

Kenangan di Southampton (Day 1)

بسم الله الرحمن الرحيم

Setelah lama mengimpikan ke Southampton, dan setelah berkali-kali dijemput oleh Hisham ke tempat beliau menuntut ilmu itu, Alhamdulillah, aku berjaya menjejakkan kaki ke bandar itu pada hari Rabu lepas.

http://www4.pictures.zimbio.com/gi/Greyhound+Coaches+Launch+First+Ever+Services+7c_q4yN7hxRl.jpg

Aku berlepas daripada London pada jam 8.45 pagi menggunakan khidmat bas Greyhound. Ini kali pertama aku menggunakan khidmat Greyhound. Alhamdulillah, cukup selesa. Ruang kaki yang luas, kerusi yang boleh baring, ada wireless internet yang free dan surat khabar free. Lebih best, apabila ada lebih kurang 5 orang sahaja yang menaiki bas denganku pagi itu. Aku mengambil tempat duduk agak ke depan. Pagi-pagi begini, aku terasa bertuah kerna dapat melihat kehidupan warga London seawal pagi. Masing-masing bergegas ke tempat yang ingin dituju. Namun, fikiranku tertumpu kepada Southampton, apakah bakal aku hadapi di sana? Dalam berfikir, aku terlelap.

Hishamuddin 'Nice' Yusof

Sesampainya di Southampton pada jam 11 pagi, aku dijemput oleh Hisham, sahabatku yang dikasihi. Buat pengetahuan, beliau adalah rakan seperjuanganku dalam MUSCOM dahulu dan memegang jawatan sebagai Syu'bah Ekonomi (SyuCon). Beliau adalah SyuCon pertama menggunakan perisian jualan buku sebelum beliau menyerahkan takhta kepada Mursyid. Hisham menjemputku dengan senyuman mesra, agak lama kami tidak berjumpa. Beliau yang juga dicalonkan sebagai Mr Nice sewaktu di kolej dahulu (dikalahkan oleh Anam dengan undian tipis), masih Nice seperti biasa.

Hisham terus membawaku ke rumah beliau. Beliau tinggal bersama-sama Salam, Aslam, Kid, Apeng dan dua lagi pelajar postgrad yang tidaklah aku kenal. Sesampainya di rumah tersebut, sunyi, ibarat tidak berpenghuni. Hisham memberitakan bahawa semua orang dalam rumah tidur selepas Subuh. Jadi, memang letih badan. Sheikh Aslam (baru balik umrah) pula tiada di rumah kerna ada hal yang dilakukannya seawal pagi ini.

Aku dijamu terlebih dahulu oleh Hisham dengan ayam dan nasi. Sungguh menyelerakan ditambah pulak aku yg kelaparan. Menjelang jam 12 tengahari, ahli rumah kian bangun. Dimulai dengan Kid, diikuti pula dengan orang-orang lain. Aku berjumpa dengan Salam, Ploh dan Apeng. Banyak gak benda diborakkan, sebab majoriti kami dari KYUEM, kecuali Apeng. Seronok gak dgr dorg bercerita kehidupan masing-masing.


Selepas solat Zuhur, Hisham membawaku keluar ke city untuk merasa keajaiban Southampton. Dengan menaiki bas Uni-link, hampir 30 minit bas itu membawa kami ke harbour. Di situ, kami turun dan berjalan sepanjang tebing laut, berkongsi pandangan, pengalaman dan perbincangan. Rata-rata, kami bertanya khabar masing-masing dan kami juga turut borakkan perkembangan rakan-rakan lain. Kemudian, Hisham menceritakan legenda milkshake yang dipromot oleh Kak Farhanis dan Kak Naili dari Malaysia lagi. Quote daripada kak Farhanis:

Orang dari Scotland sanggup turun ke sini nak rasa milkshake ni

Menurut Hisham, ayat inilah yang didengarinya daripada kak Farhanis sewaktu di Muslim Overseas Camp. Namun, menurut Hisham, xdelah femes smpi tahap tu milkshake tu. Aku berkata:

Itulah namanya exaggeration

Milkshake legenda Soton (Farhanis et. al, 2008)

Walau bagaimanapun, aku dibawa juga untuk merasa milkshake legenda Southampton (Farhanis et al, 2008). Terkejut gak aku dgn kepelbagaian perisa milkshake ni. Sampaikan ada perisa yang dibaut daripada muffin, donat dan benda2 pelik lain. Hisham order perisa Ferrero Rocher manakala aku order milkshake perisa Oreo. Ye, jangan pelik, milkshake di sini berperisa coklat, biskut dan cake. Hampir 50 juga perisa yang ada. Menarik! Jadi, sambil minum, Aslam pun tiba ke kedai berkenaan. Beliau lantas membeli milkshake berisa Kinder Bueno dan dengan itu, aku pun pow sedikit milkshake beliau. Sungguh sedap sekali minum susu, lebih-lebih lagi bersama rakan. Namun, adakah kita sedar, di sebalik susu ini, wujud pengajaran tentang ciptaan Allah?

http://quran.com/images/ayat/16_66.png
Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya. (an-Nahl: 66)

Aslam

Setelah kenyang bermilkshake, kami berjalan pula ke high street di Southampton. Jika dibandingkan dengan London, memanglah indah permai sahaja bandar Soton ni. Segalanya bergerak slow n steady, rileks dan permai sahaja. Terasa tenang. Terasa aku pun berjalan slow motion, mengikut arus di sini. Hehe. Kami bergerak ke kedai no satu di Soton, ASDA!!! Hisham ingin membeli beberapa barangan. Aslam nampak begitu bangga dapat membawaku berjalan ke ASDA. Benar, inilah kali pertama aku ke ASDA!!! Sebab b4 ni, kalau nak membeli, aku guna perkhidmatan online je, zaman pun dah maju kan. Namun, Aslam dengan bangganya menjawab:

Kitorg kat Soton ni suka cara konvensional ni, lebih original dan lebih feeling

Baiklah aku terima...


Selepas itu, aku dibawa pula berjalan di sekitar taman di Soton tu yang diberi nama Palmerston Park. Ada air pancut, beberapa tugu dan pepohon bunga. Banyak juga kami bergambar, namun yang lebih excited adalah Hisham dan Aslam. Mereke pun amat jarang berjalan sebegini, jadi, rasa mcam pelancong pun ada. Maka, aku pun terpaksa melayan kerenah mereka dengan mengambil gambar mereka.

Disebabkan Aslam yang sudah kelaparan (nampak jelas pada sinar di matanya, kelihatan burger filet ayam), kami bergerak dulu untuk makan, sebelum menunaikan solat fardhu Asar (aku dah solat Jamak, diorg ni yg blom). Sepertimana sinar matanya, Aslam mengorder burger chicken steak tiga set, berharga £1.99 satu set. Best!


Kami menuju pulang ke rumah, namun di perjalanan, kami singgah di hall beberapa pelajar tahun pertama untuk bersolat Asar. Kereta Aslam juga parking di situ, jadi, selepas bersolat, kami menuju ke kereta Aslam. Mereka turut meminta roti yang sudah expired daripada pelajar2 tahun pertama ni. Kata Hisham dan Aslam, kami nak ke Riverside, suatu tempat tarikan utama Southampton.


Kami meluru laju menaiki kereta ke Riverside. Dari situ, kami lepak2 di tebing sebuah sungai yang ada angsa. Cuaca petang itu cerah dan tidak terlalu sejuk, sesuai untuk duduk outdoor. Kami duduk di tepi tebing sungai, melihat keindahan alam ciptaan Allah, di samping melihat aktiviti2 org tempatan. Bercerita tentang sungai, aku teringat pesan Allah:

http://quran.com/images/ayat/2_74.png
Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.
(al-Baqarah: 74)

Jadi, Aslam dan Hisham begitu excited memberi makan kepada angsa2 tersebut, macam mereka pula pelancong. Jadi, mungkin inilah cara pelajar2 Southampton melepaskan tension belajar mereka, memberi makan kepada angsa, sungguh mulia sekali! Namun, tercalar sedikit pujian itu apabila Aslam memberikan beberapa angsa roti yang sudah berkulat hijau!!!


Pada malam hari, kami pulang ke rumah dan selepas makan malam, aku dan Hisham menuju pula ke rumah Rodhi yang hanya sekerat sahaja jarak daripada rumah Aslam. Rodhi tinggal bersama Syauqi, Muzzein, Hilmi dan Faiz. Aku dah lama x berjumpa Rodhi yang dah ku*us. Syauqi pula masih maintain seperti dulu, kacak dan bergaya. Aku lepak di bilik Rodhi yang hyper besar (dan bersih dan kemas, kontra dengan biliknya dahulu, owh, adakah ini Rodhi yang aku kenal?). Banyak juga diborakkan dan dibincangkan, daripada hal peribadi kepada perihal ummah. Kami juga bincangkan perkembangan rakan-rakan kami.

X sedar masa berlalu, rupanya dah tengah malam. Terasa malas pula ingin pulang ke rumah Aslam, ditambah baru makan macam2 di rumah Rodhi (pizza, coklat, biskut, air Pepsi, susu, cereal), jadi, aku, Rodhi dan Hisham lepak di bilik Syauqi. Galak juga berborak hingga jam 2 pagi. Sungguh seronok aku apabila bertemu rakan-rakan. Teringat kata-kata Nabi S.A.W.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”
Riwayat Al-Tabrani

Jadi selepas sudah amat ngantuk, aku dan Hisham tido di katil Faiz yang tiada kerna ke Mesir. Lena sungguh tidur pada malam itu, perut sudah kenyang, senang hatiku.

Pengembaraan esok akan bermula jam 9 pagi. Isle of Wight, nantikan selepas ini.....

Photobucket

8 comments:

aslam said...

perut angsa ade enzim leh musnahkan kulat hijau la..haha

Abdul said...

Nice artikel jepah...hebat arr ko skrg..

Lili said...

btol ke milkshake tu sedap? legend sbb ada 50 jenis pilihan je ke.

Jpah said...

To Aslam - banyak ar ko

To Abdul - TQ

To Lili - yup, sedap, maybe legend sbab 50 pilihan kut. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi promoter, kak Farhanis

Lili said...

dah rasa Tinseltown punye?

Jpah said...

To Lili - x lagi, nape

Lili said...

laaa blom try ke.. patutlaa.. pegi Tinseltown kat london. farrigdon, gants hill n hamstead. satu gelas 2.99. tu harga shake kat lesta la.dgr habaq london nye mahal sikit. sana ada dlm 50 jugak la jugak pilihan. fancy2 punye shake. wajib try!

lurvians said...

wah. best nye!