>

Saturday, April 17, 2010

Kenangan di Southampton (Day 2)

بسم الله الرحمن الرحيم

Kami bangun dengan amat mengantuk. Tu ar padah tido pada jam 2 pagi. Aku salahkan Syauqi sbab ajak borak. Hehe. Selepas solat Subuh, kami tidur semula. Mujur terbangun jam 7.15 pagi, jadi, aku dan Hisham bergegas pulang ke rumah untuk bersiap.

InsyaAllah, harini, kami akan menjelajahi sebuah pulau yang bernama Isle of Wight. Seriously, aku memang takde idea tentang tempat ni, sebab aku pun xdela plan nak ke sini. Sumenya ini dirancang oleh rakan2ku ini. Jadi, aku hanya mengikuti sahaja perancangan mereka, mereka lebih tahu kerna mereka orang tempatan.

Seawal jam 8 pagi, aku, Hisham, Aslam, Kid dan Rodhi telah bersiap dan berkumpul di halaman rumah. Kereta dihidupkan dan kami meluncur laju menuju ke harbour. Dari situ, kami nampak sebuah feri yang amat besar bernama Red Funnel. Feri itulah yang akan kami naiki untuk menuju ke Isle of Wight. Tiket diperlihatkan dan kereta kami beratur untuk menunggu giliran masuk ke dalam feri.

Buat Aslam dan Hisham, ni merupakan kali pertama mereka akan menjejakkan kaki ke Isle of Wight. Mereka tampak jauh lebih excited daripada aku nih. Rodhi dan Kid pula cool sahaja, kerna mereka pernah jugalah menjejakkan kaki di sana, walaupun x berjalan banyak. Hari ini, kami berazam untuk pusing satu pulau itu dan menjelajah semua bahagian pulau itu. Ya, nampak macam tinggi harapan, tapi apa salahnya menyimpan keazaman tinggi?

Giliran kereta kami tiba. Kami menaiki feri 5 tingkat tersebut. Besar. Namun, aku teringat kisah Titanic yang bangga dengan penciptaan kapal tersebut dan amat yakin ianya tidak akan tenggelam, namun, mudah sahaja Allah hancurkannya. Aku membaca doa masuk kenderaan yang dipetik daripada al-Quran:

http://quran.com/images/ayat/43_13.png
Supaya kamu duduk tetap di atasnya; kemudian kamu mengingati nikmat Tuhan kamu apabila kamu duduk tetap di atasnya, serta kamu (bersyukur dengan) mengucapkan:" Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya -

http://quran.com/images/ayat/43_14.png
"Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!"

(az-Zukhruf: 13-14)

Kami keluar dan duduk di dalam dek kapal. Kapal bergerak menuju ke lautan luas. Kami duduk lepak2 di dalam ruang makan untuk mengelakkan kesejukan. Selepas 30 minit berborak dan membaca pamplet pasal Isle of Wight dan merancang serba sedikit perjalanan, kami duduk di bahagian atas dek, ruang terbuka. Alhamdulillah, cuaca panas, walaupun angin kuat menyejukkan keadaan. Excited juga kami dapat melihat lautan luas. Beberapa minit kemudian, kami dapat melihat Isle of Wight muncul di hadapan kami. Keceriaan kami bertambah (lebih2 lagi si Aslam)


Excited di atas bot

Feri berlabuh, lalu Aslam memecut laju kereta beliau menyusur jalan di Isle of Wight. Dengan bantuan Garmin, Hisham selaku co-pilot mengarahkan kami ke Butterfly Farm yang terletak tidak jauh dari situ. Dalam masa 15 minit, kami tiba di tempat kejadian. Mungkin masih awal pagi, tiada orang lagi di sini. Disebabkan kena bayar, jadi, kami pun hanya bergambar dari luar sahaja (sume kedekut ni). Kami juga sempat berjalan2 di Medina Garden yang ada macam2 tumbuhan termasuklah herba2.


Destinasi seterusnya, Steam Railway. Menurut Hisham, ini merupakan stesen keretapi stim yang masih wujud di UK ni. Aku terbayangkan keretapi macam dalam cerita Harry Potter. Kami sampai, namun, harga tiket yang agak mahal membantutkan juga kami untuk menaiki tren ini. Kami hanya lihat dari luar sahaja. Ramai juga orang yang datang, tapi rata-ratanya adalah warga emas tunas masyarakat. Mungkin nak reminiscence zaman muda-mudi agaknya.


Kereta dipacu lagi. Kali ini menuju ke Rosemary Vineyard. Kami ingin lihat sendiri ladang anggur. Kami tahu, pasti akan ada juga kilang memproses arak, tapi, kami hanya tertarik dengan ladang anggur sahaja. Sesampainya saja kami di situ, kami lihat pokok2 anggur itu botak. Jangankan buah anggur, daun pun xde. Setelah kami temuramah orang di situ, rupanya, anggur hanya akan berbuah pada bulan Ogos. Tu ar, x stadi awal2. Kami berharap dapatlah rasa anggur walaupun anggur ASDA, tapi, sangkaan kami meleset.

Macam Boyband

Teknik meregangkan otot warga Soton


Kemudian, Hisham mengarahkan Aslam untuk memandu ke Priory Bay. Akhirnya, pantai pertama yang akan kami lawati. Alhamdulillah, tempat itu free (hehe) dan kami dapat berjalan2 dengan agak lama di tepi pantai. Bergambar, Meloncat2 (kecuali aku) dan bermain pasir (bunyi cam kanak2). Alhamdulillah, indah sekali ciptaan Allah ini. Sedikit sbanyak dapat lepaskan tension blaja aku nih. Hisham sempat juga menulis nama kami semua di atas pasir. Namun, dalam masa 10 minit, ombak telah naik ke pantai dan memadamkan nama kami.


Aku memandang buih2 di permukaan ombak. Teringat pesan Nabi S.A.W.

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suatu masa dimana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang - orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
(H.R. Abu Daud)

Adakah kita mempunyai penyakit itu?

Setelah kami berjaya memujuk Rodhi membelanja kami makan aiskrim, kami berlepas menuju ke Bembridge. Di sini, terdapat satu2nya windmill yang masih survive di Isle of Wight ini. Kami memandu melalui padang2 luas dan bukit bukau yang indah permai. TQ kepada Garmin (dan Hisham), kami selamat tiba, tidak tersesat. Kami berehat sebentar meregangkan otot2 badan dengan melompat2 dan memanjat pokok. Jangan dilupa bergambar kenangan di tempat yang indah ini.




Destinasi seterusnya adalah Sandown, kawasan pantai yang femes di sini. Kami parking kereta dan bergerak untuk bersolat. Selepas bersolat di atas padang, kami bersukan dengan bermain golf. Badan sihat, jadi kuat, otak cergas. Hehe, macam iklan milo plak.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Allah lebih menyayangi orang Mu’min yang kuat daripada orang Mu’min yang lemah’.
(Muslim)

Bermain golf tidaklah semudah yang disangka. Namun, kami enjoy bermain. Selepas puas, kami berjalan di tepi pantai berpasir. Pasir pantai di sini tidaklah seputih di Malaysia. Walaupun halus, namun, pasir di sini agak kehitaman. Mungkin kerana jenis batuan di sini yang berbeza berbanding di Malaysia.


Kemudian, kami beransur pula ke Shanklin. Di situ, kami melawat sebuah tempat yang diberi nama Shanklin Chine. Hisham menceritakan bahawa di sini, terdapat satu air terjun yang sungguh indah dan menenangkan. Kami masuk ke dalam hutan, laluan yang berbukit untuk menemui air terjun tersebut. Kawasan itu sungguh menenangkan, kerna diliputi hutan dan tanah tinggi. Sesuai untuk bermeditasi. Namun, aku bersyukur, di dalam Islam, kita mempunyai cara meditasi yang mudah, x payah nak ke tanah tinggi, x payah nak ke hutan. Apa lagi kalau bukan solat kita?

Shanklin Chine (kalau cakap laju2, bunyi macam Sekinchan)

Selepas puas bergambar, kami menaiki kereta menuju ke Godshill. Di sini, terdapat sebuah Model Village di mana kawasan Godshill dan sekitarnya dijadikan model kecil untuk dilawati. Kami masuk dan merasakan diri sebagai gergasi. Banyak juga tempat2 yg kami dah lawat sekitar pulau ni yang dinukilkan di sini. Puas juga bergambar.


Hari menjelang suram dan petang. Kami memacu laju menuju ke destinasi terakhir iaitu Needles Park. Kami sampai di situ sekitar jam 5 petang. Kami menuruni tebing yang curam untuk sampai ke pantai. Di sini, terdapat batu2 putih dan rumah api yang dikatakan macam jarum, oleh itu tempat ini diberi nama Needles Park. Matahari hampir melabuhkan tirai. Kami berborak bercerita pengalaman di hadapan matahari terbenam.

Excited naik cable car

Solat walau di mana jua berada

dari kiri: aku, Aslam, Hisham dan Rodhi


Menjelang jam 7 malam, kami bergerak semula ke Cowes kerana feri kami pulang ke Soton dijadualkan pada jam 8.30 malam. Dalam perjalanan pualng di atas feri, kami x banyak berborak, sebab masing2 keletihan. Kami tertido dan sejam kemudian, sudah sampai ke Southampton.

Pada malam itu, aku tido di bilik Aslam dan kami tertido awal, sekitar jam 12 tengah malam akibat keletihan yang amat.....

Photobucket

3 comments:

cappucherry said...

Eh, tu 1st tyme gak la aku pegi Isle of Wight. Haha.

Lili said...

minit ke 2.03
"adui dui dui dui dui rodhi... dah la tu.."

ilmu ku kluar mencurah2 tika minit ke 2.03 onwards. lawak!!

tiru kami panjat pokok ek

mz said...

hey. i tried to search my old friend by the name of muhammad hafizuddin who is currently in warwick canada. n it brought me here. if u knew him, please contact me thru my email Thanks.