>

Monday, April 12, 2010

Zoo dan Hypo

بسم الله الرحمن الرحيم

http://quran.com/images/ayat/2_164.png
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.
(al-Baqarah: 164)

Entah mengapa, pagi ni, aku digerakkan untuk ke Regent's Park lalu, tidak semena2, aku mengunjungi London Zoo. Memang sudah lama berhasrat untuk melawat tempat ini, maklumlah, salah satu daripada tarikan di London, namun, baru harini aku berkesempatan untuk melawat ke sini. Dengan menaiki bas 274 dari Baker Street, aku berlepas ke London Zoo.

Aku sampai di situ pada jam 9.40 pagi. 20 minit awal daripada waktu dibuka, iaitu pada jam 10 pagi. Walaupun sampai awal, namun, aku terkejut apabila mendapati sudah ramai orang yang beratur di luar zoo tersebut. Rata-rata mereka datang dengan keluarga, kebanyakannya dengan anak-anak mereka. Kebanyakan mereka mengambil kesempatan weekend untuk bersama-sama keluarga. Aku tersenyum melihat keutuhan hubungan kekeluargaan yang mereka tonjolkan.

Flamingo

Haiwan merupakan makhluk Tuhan yang menakjubkan. Banyak yang boleh dipelajari manusia daripada haiwan. Sedangkan ketika Qabil membunuh saudaranya Habil, Allah mengutuskan seekor burung untuk mengajarkan Qabil cara menguruskan mayat. Begitu juga dikisahkan tentang semut dan lebah di dalam al-Quran, pasti banyak pelajaran boleh diambil manusia.

Pada awalnya, suasana pagi ini agak redup dan sejuk. Ditambah pula dengan angin yang bertiup, menambahkan kedinginan pagi ini. Namun, Alhamdulillah, menjelang pukul 11 pagi, cahaya matahari menampakkan sinarnya menghangatkan sedikit suasana pagi. Hari menjadi cerah, memang best sekali untuk mengambil gambar segala fauna tersebut.

Singa

Pelican

Llama

Binatang2 typical di zoo ada di situ. Singa, harimau, zirafah, badak dan burung2 pun ada. Turut dipamerkan adalah rama-rama, serangga, penguin dan banyak lagi. X jemu aku berjalan2 melihat keajaiban ciptaan Allah.

Menjelang petang, Hypo tiba di kota London, bercuti pula di sini selepas bergembira di Mesir tanpa mengajakku. TQ sudi menceriakan hari ini.

Penguin

Donkey

Squirrel-Monkey

3 comments:

el nino said...

down seyh..pg x ajak..

niesa.imana said...

haish.. sian Hypo..

daus said...

salam, ingatkan kau pergi dengan poooo...