>

Friday, April 9, 2010

Cuti Musim Bunga

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, telah tiba juga cuti musim bunga, bercuti dan berehat sedikit daripada kesibukan akademik di universiti. Alhamdulillah sekali lagi, aku berkesempatan juga untuk mengemaskini blog ini. Sahabatku, Joegrimjow menganggap blog beliau sebagai isteri, tapi aku, rasa macam kawan je la (sebab tu x update), hehe.

Bukannya tidak mahu update, tapi beberapa kekangan menyebabkan aku terpaksa meninggalkan catatan kehidupan ini. Pertama, laptop yang buat hal (motherboard terbakar), jadi, ditambah pula cuti Easter Weekend, makin lambatlah kedai itu menyiapkan laptopku ini. Aku hanya menggunakan netbook yang x best untuk update blog.

Kedua, tetamu yang datang tak putus2 ke rumah kami, iaitu Lapworth Court. Daripada kawan-kawan, sehinggalah tetamu yang x pernah kami jumpa sebelum ni pun, atau orang yang singgah sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke mana2 ceruk dalam dunia ni. Bermula dengan Careers Fair UKEC, kemudian disambung pula dengan program2 yang berlangsung di UK dan Eire ini.

Alhamdulillah, aku juga diberikan peluang untuk menuntut ilmu ketika cuti musim panas ini. Mendengar beberapa ceramah tarbiyyah, perbincangan dan diskusi ilmiah dan sebagainya. Antara yang sempat dipelajari, qawa'id fiqhiyyah, sirah, dakwah dengan berhikmah dan banyak lagi. Terima kasih kepada yang berkongsi ilmu dan menghangatkan perbincangan.

Bercuti? Ya, pada mulanya aku bercadang menyertai Famy, Izzat, Hanis dan Syahir ke Spain, namun, apakan daya, exam yang semakin dekat menyebabkan aku menarik diri daripada menyertai mereka. Pedih juga rasa hati ni, sebab hanya terperuk di rumah di London ini. Namun, itulah pengorbanan yang perlu dilakukan olehku, aku sedar. Ada berjalan pun, skit2 je, berjalan sekitar London sorang2. Pergi ke Wembley (saja bosan), Neasden, Dollis Hill, Baker Street dan beberapa tempat lagi.


Wembley

Tiada serbuk kari dijual di sini, harap maklum

Sibuk? Tidak layak pula aku nak mengaku diri ini sibuk, sebab tidur pun banyak je. Aku berharap agar Allah memberkati masaku supaya dicukupkan masa untuk melakukan banyak perkara seperti yang aku lihat ada pada pejuang-pejuang agamaNya.

Cuti musim bunga tinggal beberapa minggu sahaja lagi. Aku duduk di sini, di hadapan komputer menekan papan kekunci ini. Moga aku diberi kekuatan.



Photobucket

1 comment:

Misz N said...

Where do u stay in London? btw, good luck in ur studies!