>

Thursday, April 29, 2010

Sukati je nak bunuh

بسم الله الرحمن الرحيم

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZBwhOyogDyFthIv7H5bYi8ZDsBQ_9QsOuESLV5Q-sQ_wG0W64gvsOAy6GKbc0Mtz457u3NXq489gT_eHxExymBUyhS1pOooJ17K1qLaJmceGnlYVB9fbsXHAq5frX5cx6dQ1teKqEgLdV/s1600/Aminulrashid+ditembak+polis.jpg

Malaysia digegarkan dengan berita PEMBUNUHAN seorang pelajar 15 tahun oleh pihak Polis. Wah3, berkuasa sungguh polis zaman skarang ni, sukati je nak tembak anak orang.

Allahyarham adik Aminulrasyid, 15 tahun, pelajar Sekolah Menengah Seksyen 7, Shah Alam telah ditembak di kepala oleh pihak polis, yup, kepala tu, bukan main2. Beberapa media melaporkan bahawa juvana terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun namun dinafikan oleh keluarga Allahyarham. Polis mendakwa kereta yang dipandu oleh allahyarham cuba merempuh anggota polis peronda dan polis bertindak melepaskan tembakan yang membunuh Aminulrasyid.

Namun lain pula gambaran yang diberikan oleh rakan Aminulrasyid yang ada bersama allahyarham dalam kereta semasa kejadian. Dalam laporan polis yang telah dibuat, kawan yang sebaya dengan allahyarham menegaskan Aminulrasyid dalam ketakutan apabila terlanggar kenderaan lain dan memintas kereta peronda berkenaan. Setelah dipintas, anggota peronda terus mengejar dan melepas tembakan yang mengena sasaran. Aminulrasyid rebah dalam kereta dengan luka tembakan di belakang kepalanya. Saksi ini melaporkan beliau kemudian dipukul oleh anggota polis sebelum sempat melepaskan diri. Beliau kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.

Menurut Monaliza Mokhtar, Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 7, beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai satu fitnah. Pelbagai persoalan timbul di kalangan masyarakat berkaitan kes ini. Kes ini dilihat boleh mencalarkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai badan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan awam.

PDRM yang sepatutnya jaga keselamatan kini jadi sebaliknya. Harap kerajaan melunaskan janji untuk menyiasat perkara ini dengan sebaik dan setulus mungkin.

Moga yang bersalah akan mendapat balasan, jika tidak di dunia, di akhirat kelak.

Photobucket

No comments: