>

Wednesday, April 14, 2010

A day in the Museums

بسم الله الرحمن الرحيم

London ini cukup masyhur dengan pusat keilmuan dan tempat perbincangan ilmiah. Daripada sains, politik mahupun perihal sosial, ada sahaja dibincangkan di London. Jika ingin berbicara tentang sains, anda boleh sahaja ke Imperial College London yang ada akses kepada arkib dalam The Science Museum. Jika anda ingin mencari maklumat tentang sosiologi, anda boleh sahaja rujuk kepada the School of Oriental and African Studies (SOAS), dan pelbagai lagi cabang ilmu, boleh didapati di London.

Seorang rakanku dari Warwick, Hafizuddin yang juga lebih mesra dengan nama PoChom atau Popo yang datang ke London turut tertarik dengan budaya dan limpahan peluang menimba ilmu di London ini. Oleh sebab itu, beliau memintaku untuk membawa beliau menziarahi beberapa muzium di London ini. Oh, disebabkan terlalu banyak muzium di kota London ini; British Museum, London Museum, Natural History Museum, Science Museum, Victoria and Albert Museum, Imperial War Museum dan macam-macam lagi, aku meminta beliau untuk memilih satu sahaja muzium.

Oh, muzium di London ni bukan seperti Coventry punye Transport Museum yang boleh abis dalam masa sehari je.

Jadi, aku mencadangkan untuk kami bertandang ke British Museum, lebih-lebih lagi, aku pun masih belum menjejakkan kaki ke sana. Pada jam 11 pagi, kami menaiki tube untuk menuju ke Holborn. Namun, dalam perjalanan kami di dalam tube, tiba-tiba PoChom bersuara:

Jpah, kalau kiter makan dulu bleh x? Aku bukan apa, pening kalau lapar

Aku menjawab (sambil buat muka):

OK, apa salahnya.

Singgah sebentar di Edgware Road (menangis melihatkan kredit Oysterku ditolak), aku membawa PoChom ke restoran yang menjadi kebanggaan orang Warwick, iaitu Chicken Cottage (dalam loghat Warwick, dipanggil Chickot). Alhamdulillah, perut terisi, badan bertenaga (dan tidak pening), moga kami tergolong dalam orang-orang yang bertaqwa. Firman Allah:

http://quran.com/images/ayat/5_88.png
Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman. (al-Maidah: 88)

Dengan penuh bertenaga hasil pembakaran makanan menjadi ATP, otot kami digerakkan dengan pantas dan jitu menuju Holborn.


Kami terus menuju ke British Museum tanpa singgah di tempat lain. Masuk sahaja ke halaman muzium, muka PoChom sudah berubah pucat. Apabila kami memasuki pintu ke dalam muzium, PoChom menjadi tidak keruan dan hampir pengsan. Aku pelik, mengapakah beliau mengeluarkan reaksi begitu?

Beberapa saat kemudian, barulah aku mengetahui, inilah kali pertama PoChom masuk ke muzium sebesar ini. Mungkin duduk di Coventry, beliau sukar menikmati muzium sebesar ini. Ya, inilah kota London. PoChom nampak bersemangat sekali, namun aku tahu, hasrat beliau untuk tawaf sepenuhnya muzium-muzium di London dalam tempoh satu hari hampir pudar dari sinar matanya.

Kami memulakan perjalanan kami ke dalam bahagian Egypt. Satu persatu penerangan tentang arca-arca itu kami baca. Sungguh menarik sekali kisah raja-raja Mesir dahulu. Diceritakan dengan terperinci aktiviti mereka. Betapa taksub rakyat mereka kepada raja mereka. Sampaikan raja nak berburu keldai pun diukir dengan terperinci. Turut digambarkan, raja mereka sering ditemani "Tuhan" yang bersayap.


Isy orang British ni, sume benda dicurinya dari negara orang balik ke negaranya, PoChom mula berhujah. Tapi hujah beliau terhenti di situ sahaja.

Turut dipamerkan adalah sebahagian besar daripada janggut 'the Great Sphinx' dari mesir. Cet, padanla ibarat dicukur janggut beliau, rupa2nya ada di British Museum. Aku berasa seperti berada di Mesir. Jadi, xperlulah lagi aku ke Mesir selepas ni melawat EffySaiful dan phoenixnya, hehe. PoChom yang sudah pernah ke Mesir cuba untuk menghayati kisah-kisah Mesir ini seperti warganegara Mesir sejati, namun, tidak jadi cubaan beliau. Maaf.


Jadi, selepas hampir habis bahagian Mesir kami jelajahi, kami cuba untuk terbang ke satu bahagian lain dalam dunia, iaitu dunia Islam. Namun, kami dikecewakan apabila bahagian dunia Islam ditutup sementara untuk proses penambahbaikan. PoChom hampir menangis apabila dikecewakan sebegitu rupa.

Jadi, kami beralih pula ke bahagian yang dirasakan dekat dengan jiwa kami, iaitu South East Asia. Oh, tiada pun barangan dari Tanah Melayu, kebanyakannya daripada Thailand dan Indonesia. Di sini, kami dah mula tidak membaca penerangan untuk setiap bahan, dah pancit dan tepu kepala otak kami. Heh, baru 2 section. Harapan meninggi PoChom untuk menghabiskan British Museum hari ini berkecai umpama pasu yang terhempas dari tingkat 5.

Jam menunjukkan jam 2.30 petang. Jadi, disebabkan aku ni bukanlah musafir berkelana, maka, x bleh nak jamak dan qasar solatku. Kami menuju ke Imperial College London Yang Best untuk bersolat. Bertemu dengan beberapa postgrad IC termasuklah Abg Tazli yang merupakan abang kandung Nadia OB. Setelah berukhuwah sejenak, kami menuju pula ke Science Museum untuk melihat exhibition 1001 Muslim Inventions.

Natural History Museum

Setelah puas PoChom di situ, kami beransur pula ke Natural History Museum, di mana lebih dekat dengan jiwa kami sebagai biologists. Kami x berjalan banyak di dua museum ni akibat sudah keletihan dan sudah tepu untuk membaca lagi. PoChom nampak berazam untuk kembali semula ke London dan pergi ke setiap muzium ini. Aku tabik spring keazaman beliau menuntu ilmu. Moga menjadi guru cemerlang Malaysia!!!

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi - sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut - sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara-perkara yang baik kepada orang ramai."
Abu Umamah r.a

Ayam Lapworth Court Masyuk Terbabow

Disebabkan PoChom sudah ditugaskan sebagai tukang masak pada malam ni (ini adalah budaya Lapworth Court yang menekankan tetamu menganggap seperti berada di rumah sendiri, jadi, kenala masak dan kemas rumah sendiri), kami bergegas pulang ke rumah, namun, sempat juga duduk lepak di Kensington Gardens untuk berborank dari hati ke hati (hal lelaki). Alhamdulillah, sekembalinya di rumah, PoChom terus menunjukkan skill beliau memasak produk baru orang Warwick yang diberi nama yang agak random, 'ayam Lapworth Court Masyuk Terbabow'. Sungguh berselera kami makan, lebih2 lagi PokLoh yang sepatutnya masak malam itu (heh).

Nasi lemak dan teh tarik peneman di kala dialog online dengan sahabat

Menjelang pagi, kami mengejutkan Po. Pagi ini juga, PoChom ditugaskan untuk memasak nasi lemak untuk sarapan ahli rumah. Selepas kami mengejut Po, kami pun kembali tidur bagi memberikan peluang Po beraksi tanpa gangguan. Jangan salah paham, ini bukan suatu bulian, tetapi ini suatu tarbiyah ataupun pendidikan dan latihan untuk PoChom mengasah bakat beliau menjadi suami mithali. Lapworth Court memang terkenal dengan pusat pentarbiyahan manusia. Alhamdulillah, para juri makanan (Faris, PokLoh dan Iqtidar yang bangun tidur sejurus makanan disiapkan) memberi gred penuh kepada PoChom. Tahniah. Sebagai ganjaran, kami mengucapkan terima kasih kepada beliau serta memberi galakan untuk beliau masak lagi bila datang ke sini.

Terima Kasih PoChom.

Pada jam 1.30 petang tadi, dengan hibanya, aku menghantar PoChom ke Victoria kerna beliau akan berlepas untuk bertemu keluarga tercinta di kampung halaman, Cardiff. Po, kami akan merindui.......... nasi lemakmu.........

Semoga berbahagia di samping orang tersayang.

Photobucket

2 comments:

tumi said...

tumi likes this. (heh)

p/s: sebenarnya ada org yg suruh ak baca ni jpah. dia ckp best betul blog ni. sementara kebosanan study, ak singgahla disini buat seketika. berasa tertarik pula dgn penerangan pasal muzium ni. walaupun berlambak2 muzium kat IC, xpernah la lagi ak mengunjungi museum2 tu.. ingatkan kena bayar.. x eh??

mohd isa said...

sejak bila ada tradisi mcm tu kat lapworth court?