>

Sunday, June 7, 2009

Sepetang di Lapworth

بسم الله الرحمن الرحيم

Sudah lama rasanya aku tidak menulis kisah hidupku dalam blog ni. Antara tidak update blog, atau juz copy paste je post org lain. Terima kasih kepada abang Thaha atas post beliau berkenaan MUSCOM itu. Sungguh menarik dan menyayat hati, jiwa dan sanubari.

Hari ini, Alhamdulillah, selesai solat Subuh pada jam 3.30 pagi (solat Subuh masuk jam 2.30 pagi, jadi, para junior, bersediaaa!!!), aku berasa segar skit, lalu duduk di hadapan meja stadi menghadap nota2ku. Alhamdulillah, mata ku segar dan berupaya stadi sampai pkol 5 lebih. Kemudian, agenda tidur diteruskan sehingga jam 7 pagi.

Seusai mandi, aku bersiap2 dan membawa beberapa bungkusan menunggu bas 414 di Fulham Road pada jam 8.30 pagi. Bas meluncur laju dan agak lancar disebabkan pagi yg masih muda, masih tidak ramai org yg sudah bangun kut. Dalam 20 minit kemudian, aku sampai ke Warwick Avenue. Berjalan aku melalui Little Venice, sebuah terusan yg ada bot2 kecil, sungguh indah ciptaan Allah. Namun, hari ini agak suram kerna awan mendung berarak kelabu.

http://z.about.com/d/goeurope/1/0/Q/O/little_venice_4.jpg
Little Venice

Aku memberi salam di hadapan 74 Lapworth Court. Beberapa kali pintu diketuk, akhirnya, seorang yg kurang ku kenali muncul. Ku tanya beliau sape, rupe2nya beliau tetamu dari Dublin. Wah, dah habis exam, sronokss!!

Nampaknya ahli rumah yg lain masih tidur dgn nyenyaknya. Aku masuk ke bilik Isa dan Poklah, kelihatan Isa tidur dan satu lembaga juga yg sedang tidur di katil Pokloh. Sapekah itu? Aku kaget. Perlahan2 aku mendekati lembaga itu, wah, Famy rupenya. Baru aku teringat, beliau skarang ni homeless kerna telah keluar dari hall di Greenwich Bandaraya Islam.

http://akhdian.files.wordpress.com/2007/12/baby-sleep.jpg
Ini bukan Isa mahupun Famy

Aku mempunyai satu tabiat, ntah baik atau buruk. Aku suke tgk org tidur, tanpa kejutkan mereka. Mahu je aku ambik gambar diorg tidur, mujur x bawak kamera. Ntahla, susah nak explain, tapi aku rasa tenang bile tgk org tidur. Rasa kiter melihat orang itu dalam keadaan fitrah. Aku teringat, ade sedara aku ni yg memang nakal giler, tapi, bile die tidur, aku tengok die, sejuk hati, nampak kebaikan dan kemuliaan wajahnya, di kala beliau yang begitu nakal, ego dan degil (ini ketika beliau kecil), namun, ketika beliau tidur, aku rasakan beliau begitu mudah disakiti, dan amat perlukan perlindungan dari aku.

Nasihat aku, andai nak memaafkan orang, paling mudah kita maafkan die ketika kita lihat org itu tidur. (ntah teori aku ni valid utk sume org ke x, hanya perkongsian melalui pengalaman)

9.30, gendang dipalu. Satu2 manusia di rumah ini menyedarkan diri. Masing2 menguap, membasuh muka dan membersihkan diri. Famy dgn ikhlas dan baiknya volunteerkan diri untuk memasak nasi goreng. Aku pula memulakan langkah merealisasikan objektifku datang ke sini, iaitu untuk ambik installer sebuah software dari abang DZ. Sambil2 borak2 ngan DZ, nasi telahpun tersedia. Iqtidar turut ada dan membantu Famy menggoreng telur.

Nyum2, kami makan breakfast nasi goreng hailam tuna (?) gorengan Famy dan Iqtidar, lebih mudah lagi resepi ini dipanggil 'nasi goreng habis exam', kerna mereka berdua yg sudah tiada exam.....

Kemudian, Nik Azmi pula datang ke rumah, beliau ingin membincangkan perihal poster SIL, dan as expected, akulah yang kena berbincang itu. Namun, beliau telah membuka mata aku tentang erti usaha dan kejayaan. TQ...

Pada jam 4 petang, aku kembali ke Evelyn Gardens....

Photobucket

2 comments:

tumi said...

erti usaha dan kejayaan?? share la kat sini! nak tau jugak! hehe
=)

niesa.imana said...

salam wbt..

ha ah.. tido=ibadah paling ikhlas, since kta tak dapat nak kontrol macho o cool etc waktu tido..