>

Wednesday, June 10, 2009

London Tanpa Tube

بسم الله الرحمن الرحيم

Pagi ini, aku dan Shah menghantar Hasrizal (Buzz) sekeluarga ke St Pancras International, kerana mereka akan berlepas ke Paris. Bercuti sakan mereka nih. Namun, bukan itu highlight aku pada post kali ini....


Gambar di atas aku ambil snapshot pada jam 9.37 pagi. 4 line utama tube di London tutup sepenuhnya dan 5 lagi ditutup separuh. Sungguh, suasana ini menimbulkan kesulitan yang amat perit untuk dihadapi warga London yang rata2nya amat2 bergantung kepada sistem keretapi bawah tanah ini.

Perjalanan ke St Pancras dari bilikku spatotnya ambil masa skejap je dgn menaiki tube. Namun, kerna tube line bermasalah, maka, kami terpaksa menggunakan jalan alternatif dgn menaiki bas. Dari rumahku, kami menaiki bas 14 ke Warren Street, dan dari situ, kami berjalan ke St Pancras.

Seawal jam 8 pagi, sudah lautan manusia membanjiri kota London ini. Perhentian2 bas dilihat sesak dgn manusia. Jalanraya penuh dgn kenderaan, bunyi kereta polis dan ambulans kedengaran merata2. Hon2 kenderaan juga silih berganti. Sungguh huru-hara. Betapa pentingnya tube dalam kehidupan mereka, bile bermasalah, trus huru hara.

Hampir semua bas kelihatan seperti sardin, sungguh padat dan mampat. Pegawai2 TFL berada di sekitar London untuk memberikan peta dan informasi laluan alternatif kepada warga London. Tube station kebanyakannya dikunci, tidak boleh masuk. Aku terfikir, bagaimana nasib orang2 yg tinggal di zone 2-6? Memang tube adalah pengangkutan yg utama mereka gunakan. Simpati, hanya itu mampu ku lakukan.

Mengapakah situasi ini berlaku di London? Ini gara2 ketidakpuashatian pekerja2 tube lalu mereka memboikot lalu enggan bekerja. Mungkin gaji yg rendah dan kebajikan mereka tidak dijaga. Jika beberapa hari lalu, hanya pekerja Victoria Line sahaja yg buat strike ni, tapi, minggu ni, hampir semua pekerja rangkaian tube London bersatu. Yang jadi mangsa, kami rakyat yg tak bersalah....

Dijangka strike ni akan berlarutan sehingga Jumaat. Moga sistem ini dapat dikembalikan semula untuk memastikan kestabilan hidup warga London....

Bila nikmat tube ni ditarik, baru rasa kehilangan nikmat ni. Adakah aku tidak bersyukur selama ini?

Photobucket

4 comments:

Pacat said...

oh, kesiannya.. warga London fighting ye!!

blh bayang kesesakan yang amat..

aishafath said...

ade ke perkataan "ketidakpuashatian"..?

pacat,
ooo~~ aku call x jawab..
baca blog ade mase lak..
huh!

Pacat said...

haha.. aisha :)

mu musti merana gak sbb tube neyh.. chill deh.. at least kt sana sejuk lagi..

smalam aku xde depan komp.. mu kena wt appointment br blh kol.. org bizi neyh.. hahaha

Aisha, balik cepat!! dah2 le duk melagha di UK tu :P

pelawat1 said...

aisha fath cam xtau pulak..

blog jpah ni istemewa untuk pacat.. =p