>

Thursday, June 25, 2009

Kepenatan

بسم الله الرحمن الرحيم

Bangun pukul 8 pagi, mandi dan bersiap....

Bergerak ke Imperial College, terus ke tingkat 3, yakni Student Registry, trus aku masuk untuk mengupdate butir2 peribadiku....

Kemudian, bergerak ke Biochemistry Building, ambik homework yg siap disemak dalam pigeon hole.

Menyulusuri subway, aku bergerak ke South Kensington, lalu terus bergerak ke Lloyds Old Brompton Road, tujuannye untuk pergi menukar alamat akaun bankku.

Kemudian, pulang ke Evelyn Gardens sekitar jam 11 pagi, terus naik ke bilikku, ambik kotak yg penuh buku, beberapa plastik dan beg, kemudian turun semula ke Fulham Road, ambik bas 414 menuju ke Warwick Avenue. Ni klimaks penderaan fizikalku harini, kotak buku tu amat2 berat, nak tercabut tgn....

Lepas rehat jap di Lapworth Court, aku menaiki Bakerloo line menuju ke Piccadily Circus, terus masuk ke Lillywhites dan mencari barang2 untuk keluarga. Beberapa pounds dihabiskan.

Menaiki Bakerloo Line lagi, pulang ke Lapworth Court untuk menghantar barang2 yg baru dibeli. Solat Zuhur di situ.

Kemudian, berjalan kaki ke Bayswater, ketika melalui depan PFC, perut kelaparan, namun, duit sudah tiada dalam poket. Aku mencari2 beberapa duit syiling dalam poket, dan dgn wang yg ada, membeli lunch di PFC.

Ingat nak singgah Queensway beli cenderahati, tapi sebab dah letih amat, terus naik Circle Line menuju ke Gloucester Road....

Photobucket

2 comments:

mohd isa said...

tumpahan ais krim atas karpet tu jangan dilupakan ya...

Jpah said...

faris yg buat!!!