>

Friday, February 27, 2009

Virtual Experiment

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ni sepatutnya aku ada experiment Flylab, dengar nama pun dah tahu yg experiment ni berkaitan sejenis haiwan yg amat menarik sekali, iaitu Drosophila atau nama Melayunya adalah lalat buah.

http://www.imsb.ethz.ch/researchgroup/hafene/researchprojects/Drosophila.jpg

Namun, Imperial, sebuah University teknologi yg terkemuka, membuka langkah baru dalam menjalankan experiment untuk pelajar-pelajarnya. Pada hari ini, experiment kami adalah dalam bentuk maya. Hebat! Kami perlu membuat experiment mengambil lalat, menyuntik lalat dan incubate lalat tu, tapi hanya menggunakan perisian virtual lab, menarik kan?

Kelebihan menggunakan virtual experiment ni adalah, pertama, ia tidak mengotorkan. Jika dibandingkan membuat experiment dengan bahan2 kimia, serta anda perlu mengendalikan lalat, pasti amat kotor dan berlendir. Namun, dengan menjalankan eksperimen maya ini, anda mampu melakukan experiment dengan berada di atas katil, hehehe.

Kedua, ianya amat menjimatkan masa. Kalau eksperimen sebenar, anda perlu menunggu 2 minggu untuk memberi masa lalat-lalat itu untuk membiak. Namun, dengan menjalankan eksperimen maya ini, lalat-lalat ini dapat dibiakkan dengan banyak tidak lebih dari 2 minit! Cool kan?

Alhamdulillah, experiment yg aku jalankan berjaya. Aku berjaya membiakkan 3 lalat yg mempunyai mata merah. Pidah pulak, mungkin kurang bernasib baik apabila tiada lalat bermata merah berjaya dibiakkan. Namun, experiment ni dapat diulang banyak kali, jadi, kitorg boleh mencuba experiment ni sampai berjaya, tanpa membazirkan apa2 resourse seperti lalat dan bahan2 kimia lain. Best!

http://renthead.files.wordpress.com/2008/08/review_walle_7.jpg

Namun, keburukan eksperimen maya ini adalah akan pupusnya saintis2 yg berkemahiran dalam membuat eksperimen. Sebab tu ar tidak digiatkan penggunaan virtual lab ni, kerana ianya akan membuatkan manusia bertambah malas dan mungkin akhirnya akan menjadi watak manusia dalam movie Wall-E.

OK, off to MSD!!!

Photobucket

3 comments:

Anonymous said...

experiment bosann.....

LoNgJaR said...

mcm best je dgr virtual exprment..
kitorg wat yg real punya..
mcm2 kne wat..
pengsankan lalat la..siap ade lalat yg degil,xmo pengsan..sabo je la..huhu..

Anonymous said...

experiment ni nampak cam experiment kanak2 tadika je jepah...haha same cam experiment katak di sekolah menengah...