>

Wednesday, February 25, 2009

Jauhi sifat takabur

بسم الله الرحمن الرحيم

http://i43.photobucket.com/albums/e358/huzaifahar/muscom2.gif

Peringatan buat diri sendiri dan kepada para pembaca sekalian. Andai anda telah mendapat kuasa, andai anda mendapat sesebuah jawatan, ingatkah, tanggungjawab anda amat besar, semakin besar jawatan anda, semakin besar tanggungjawab anda. Jangan sesekali takabur dan bangga dengan jawatan2 itu (pesanan khas buat adik-adik MUSCOM yang baru dilantik dan pesanan umum buat semua)

Memetik ucapan Almarhum Prof Zulkifli Muhammad, Timbalan Presiden PAS (ketika itu) kira-kira 45 tahun yang lalu apabila dihadapan wakil-wakil rakyat PAS Kelantan beliau berkata:

Jangan ada seorang pun yang takabur, yang merasa dirinya sudah pandai bahawa dirinya sudah tahu apa pengajaran Islam. Bahawa dirinya sudah tidak perlu diajar oleh sesiapa, kerana dia sudah menjadi wakil rakyat. Dia perlu mendekatkan dirinya dengan al quran, dengan buku-buku Islam, dengan hadis-hadis Nabi Muhammad saw, dengan sejarah-sejarah Islam. Supaya kita sentiasa ingat kepada Tuhan.

Bolehla aplikasikan kata-kata beliau ini ke dalam kehidupan anda. Jika anda wakil rakyat, maka, wakil rakyatlah di dalam ayat di atas. Andai anda pemimpin pelajar, maka, pemimpin pelajarlah dalam ayat di atas. X kesah apa pun jawatan anda, apa pun tanggungjawab anda, sentiasalah merendah diri dan sentiasa dekat dengan Islam.

Photobucket

1 comment:

Anonymous said...

mana peringatan untuk orang yang bersifat self-denial?