>

Monday, February 23, 2009

Anas di London

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini, seawal pagi lagi, telefon bimbitku menerima mesej daripada seorang rakan yg dah lamer tidak ku jumpa. Beliau adalah saudara Anas Pauzi, pelajar tahun pertama university of Manchester dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Sahabat seperjuanganku ini bersama-sama berjuang ketika kami memegang amanah sebagai Musolla Community (MUSCOM) di Kolej Yayasan UEM, beliau dahulunya memegang post Syu'bah Special Task atau nama glamornya 'SyuTask'.

Kedatangan beliau ke bumi London ini sebenarnya kerana menghadiri perjumpaan dengan sponsor beliau, yakni Yayasan Tenaga Nasional (YTN) semalam. Dengar cerita dari Anas, mereka dihidangkan dengan lobster dan sebagainya makanan yg sukar didapati (mata menjeling tajam ke arah DZ, Isa dan Syak, perlu aku soal siasat esok di Imperial)

Jadi, aku bersetuju untuk membawa Anas bersiar-siar di dalam London kota keriangan ini. Disebabkan Anas tidur di rumah Syakirin di Finsbury Park, maka, aku menyuruhnya untuk menaiki Piccadily Line Tube terus ke stesen Gloucester Road, 10 minit berjalan kaki dari rumahku.

Lebih kurang jam 10.30 pagi, Anas tiba di Gloucester Road. Setelah sesi jejak kasih berjalan selama beberapa saat, kami berjalan menyusuri Cromwell Road untuk menuju ke Imperial College. Anas dahulunya turut apply ke Imperial College, namun apakan daya, takdir Allah jua yang mencampakkan beliau ke bumi Manchester itu.

Anas: Inilah rupanya Imperial College...

Aku membawa Anas berjalan sekitar Imperial. Disebabkan hari ini hari Ahad, sungguh lengang kawasan Imperial. Hampir setiap bangunan Imperial ditutup kepada umum. Mujur aku, selaku pelajar Imperial College mempunyai akses untuk membawa Anas memasuki bangunan2 ini.

Setelah busan berpusing di Imperial yg xdela besar ini, kami menuju pula ke Science Museum yg terletak hanya bersebelahan Imperial. Ni merupakan kali kedua aku memasuki Science Museum ni. Untuk pengetahuan, di sekitar Imperial College ni, ada 3 museum terbesar, yakni Science Museum, Natural History Museum dan Victoria and Albert Museum. Aku dah pergi Science Museum dan NHM 2 kali, tapi x pernah lagi pergi ke VnA Museum, hurm, perlu aku plan untuk pergi satu hari nanti.

Disebabkan Anas ni ambik Mech Eng, jadi, agak teruja beliau melihat segala macam engine, machine dan peralatan teknologi dalam museum ini. Kami bermula dari tingkat bawah di mana ditunjukkan tentang revolusi penciptaan engine, dari engine stim kepada engine yg kita ada skarang ni.

Keratan Rentas 747


Kemudian, kami meneruskan perjalanan menuju ke setiap tingkat dengan tema berlainan. Kami ternampak suatu permainan yang dinamakan 'Space Roller Coaster'. Dengan bayaran 2 pounds untuk students, kami memasuki simulasi itu. Kami dibawa masuk ke dalam sebuah model kapal angkasa. Di dalam kapal angkasa tu, terdapat skrin di hadapan kami. Kemudian, kami dibawa berjalan dalam kapal tu, seolah-olah kami menaiki roller coaster. Habis setiap jurang kami turuni dengan laju. Agak pening aku, sebab berpusing2 roller coaster tu. Lagi cuak dari roller coaster kat Genting!

Roller Coaster yang kami naiki

Terdapat banyak juga sections dalam science museum ni. Section Computing, Materials, Mathematics, Agriculture dan sebagainya. Namun, disebabkan kami tidak breakfast apa2, menjelang tengahari, dah letih kami berjalan dan x mampu nak abiskan tour museum nih. Lainkali kiter datang lagi yer, Anas?

Dengan menaiki bas 70 di Queen's Gate, kami menuju ke MSD untuk menjamu makanan tengahari. Aku hanya makan makanan biaser2 jer, tapi Anas, telah makan nasi dan lauk ikan keli!

Lepas makan, kami bersolat Zuhur di surau MSD. Kemudian, perjalanan diteruskan. Kali ini, dari Bayswater, aku membawa Anas memasuki Kensington Gardens yang bersambung dengan Hyde Park. Di situ, Anas begitu teruja melihat angsa dan itik-itik di Round Pond. Kami juga sempat melihat padang di situ mula ditumbuhi bunga berwarna ungu. Tanda musim bunga bakal tiba!

Bunga yang baru mula berputik

Budak ini mampu menarik perhatian banyak angsa

Namun, usaha budak ini menarik perhatian hanya satu angsa, GAGAL


Dari Kensington Gardens, kami menaiki bas menuju ke Victoria. Dari situ, aku membawa Anas berjalan ke Buckingham Palace, tempat Ratu England tinggal. Tarikan utama di sini sebenarnya bukanlah Ratu Inggeris ini sendiri, tetapi tarikan utama adalah pak guard Istana yang memakai jambul yg menawan itu. Di halaman Buckingham Palace juga terdapat tiang2 yg melambangkan tanah jajahan British. Turut ada, tiang tertulis Malay States.

Buckingham Palace


Dari Buckingham Palace, kami berjalan menyusuri Green Park. Di padang itu juga, kelihatan beberapa bunga berwarna kuning telah mula tumbuh x sabar rasanya nak tunggu musim bunga, pasti lawa.

Dari Green Park, kami menaiki bas 14 menuju ke Totenham Court Road, iaitu ke bilik Adam di UCL. Anas hendak pulang ke Manchester dan ingin menaiki tren di Euston. Jadi, kami disambut dengan mesra oleh Adam dan seorang kawan Iqtidar dari France yg kehilangan passport. Kesian, moga dipermudahkan.

Bangunan Medic UCL

Setelah menghantar Anas ke Euston, aku menaiki bas 14 pulang ke South Kensington. Hampir sepanjang perjalanan, aku terlelap, keletihan....

Photobucket

4 comments:

Isa Mustaza said...

anas saje je cerita lebih-lebih. kitorang makan biasa je. lobster noodle. lepas tu crab claw dengan chicken wan tan dan satay, kan hari-hari boleh makan?

lagi pisang goreng dengan aiskrim pun boleh buat di rumah...

tak perlu penjelasan lagi.

Jpah said...

cesss!!!

yanmaneee said...

chrome hearts outlet
balenciaga
nike air force 1
nmd
jordan shoes
golden gooses sneakers
louboutin shoes
lebron shoes
hermes birkin
air max 270

Anas Pauzi said...

Baru baca post ni, jazakumullah khair atas budi. Terasa muda