بسم الله الرحمن الرحيم
Sedang aku membelek-belek buku dan nota untuk diulangkaji, aku melihat listname contacts aku yg online di dalam Yahoo Messenger. Kelihatan seorang sahabatku dari Malaysia yg sedang online. Jam menunjukkan pukul 8.43 malam waktu UK, jadi, ini bermakna sekarang pukul 4.43 pagi waktu Malaysia (Hanya tambah 8 jam dari waktu UK).
Awalnya rakanku ini bangun? Aku bertanya dalam hati. Lalu, aku menegur beliau:
Salam. Awalnya bangun
Kemudian, beliau jawab:
w'salam. Erk, rasenya harini dah lambat dah
Aku blurr. Lambat? Ngapekah dikatakan lambat pukul 4 pagi ini? Aku menunjukkan tanda-tanda blur dan seribu, malah sejuta tanda tanya yg bermain di fikiranku ini. Adakah jam aku salah? Atau adakah pengiraan masaku tersilap?
Slalu bgn dalam kul 3, skarang dah 4.30 pagi
Huh, walaupun telah dipastikan tentang waktu di Malaysia, aku semakin pelik dan semakin banyak tanda tanya. Aku bertanya lagi:
wah, awal bangun, qiyam kah?
Dengan ringkas, sahabatku menjawab, yup.
Tersentuh dan sedih hati ini. Beruntung rasanya dapat mengenali insan ini. Ketika insan lain sedang lena dan masyuk di alam mimpi, namun, beliau sanggup berkorban waktu tidur untuk meluahkan rasa cinta kepada Illahi. Terasa segan dan sedih dengan diri sendiri. Jauh sekali nak dibandingkan dgn diriku ini.
X letihkah dalam kelas? Aku tanya lagi, dgn harapan untuk mendapatkan tips.
Beliau menjawab:
huhu... x bangun awal pun ngantuk gak
Semakin sayu hati ini. Kerap kali ngantuk di dalam kelas dijadikan alasan untuk tidak bangun malam bermunajat kepadaNya. Mudah sahaja mata ini dilelapkan, namun, amat sukar dan payah untuk dibangunkan. Teringat kata-kata Umar Abd Aziz
“Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat”

Nabi berpesan:
“Solat yang paling afdhal setelah solat wajib adalah qiyamullail (tahajjud).”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Mungkin perbualan dengan rakanku malam ini adalah peringatan daripada Allah, betapa lalainya aku dalam mengingatiNya. Begitu banyak nikmat diberi, namun, amat sedikit aku bersyukur. Maafkan aku ya Allah. Maafkan hambaMu ini.....
No comments:
Post a Comment