>

Monday, February 9, 2009

GMT 0

بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti dalam rancangan, hari ini, kami, warga Central London akan melawat warga di Greenwich, bandaraya Islam. Jadi, setelah plan dibuat, kami dari Central bergerak ke Greenwich dgn agak lancar, Alhamdulillah. Pada jam 2 petang, Atase Pendidikan MSD, Ustaz Erfino sampai di pintu rumahku untuk mengambil kami menaiki kereta Toyota Estima ke Greenwich. Rombongan dari Central terdiri daripada Ustaz Erfino, aku, Shah dan Faris Husaini (mcm Akmal)

Gambar atas: Encik Tomtom
Gambar bawah: Ustaz Erfino

Syukur ke hadrat Illahi, sbab hampir seluruh perjalanan kami agak lancar, walaupun terdapat sedikit gangguan di sesetengah perjalanan. Aku, Faris dan Shah berasa amat excited kerana dapat berjalan-jalan di sekitar London dgn menaiki kereta, bukannye senang dapat peluang ni, tambah pula, FREE!


Kami sampai ke University of Greenwich lebih kurang jam 3 petang. 3 warga Greenwich, Famy, Iman dan Pali menyambut kedatangan kami. Untuk pengetahuan, ni kali kedua aku dan Shah datang ke Greenwich, kali pertama adalah ketika bulan Ramadhan yg lalu, itupun terlalu letih nak berjalan banyak, huhuhu.

Subhanallah, lawanya...

Kami dibawa berjalan oleh tourist guide kami, selepas solat Asar, berpusing2 sekitar University of Greenwich tu. MasyaAllah, walaupun dah pernah datang, aku tetap kagum dan suka dgn senibina di Greenwich ni. Seperti terasa di zaman dahulukala. Ustaz Erfino cakap,

Kalau cakap kat Rome pun org percaya ni...

Huhuhu, sungguh best. Disebabkan Greenwich ni terletak di pinggir sungai Thames, amatla kuat angin bertiup, sejuk sungguh, terasa kebas telinga dan tangan kami.

Di pesisir sungai Thames (tahniah kepada Famy, juara membaling
batu loncatan)

Warga Greenwich: Famy, Pali dan Iman

Warga Central: Shah, Ustaz Erfino, aku dan Faris

Kemudian, kami dibawa pula ke Painted Hall, di mana menurut tourist guide kami, semua muka Mathematicians terkemuka kecuali Newton berada di sini. Agak unik dewan ini, dengan meja makan ala2 Harry Potter, ditambah pula dengan dinding dan siling yg penuh dgn lukisan.

Painted Hall

Perbincangan di meja makan ala2 Harry Potter

Aku, Ustaz Erfino, Famy dan Iman


Lpastu, kami dibawa pula ke sebuah church. Di sini, kami diberitahu tentang perihal University of Greenwich ni. Rupa-rupanya, dahulukala, universiti ini merupakan hospital untuk merawat Royal Navy, lama kelamaan, dinaik taraf jadi universiti.

Dalam Church

Lepas puas berjalan di sekitar University of Greenwich yg unik ini, kami dibawa ke tempat wajib pelancong ke Greenwich, iaitu garisan Meridian Greenwich. Walaupun terpaksa mendaki bukit securam Bukit Pangkor, namun, tetap kami gagahi untuk sampai ke sana. Kelihatan hampir separuh bukit itu masih diselaputi salji.

Di kaki bukit Royal Observatory

Alhamdulillah, kami diberi kekuatan untuk mengumpulkan tenaga keupayaan graviti kami untuk sampai ke puncak bukit itu. Di situ, kami melihat suatu garisan panjang yang merupakan Garisan Meridian Greenwich yg kiter belajar dlm geografi suatu ketika dulu. Di situ, Greenwich Mean Time (GMT) bersamaan kosong. Di situ juga terdapat satu laser hijau yang memancar ke langit menandakan garisan meridian itu.

Pancit bergambar

Rindu KL

Aku di Timur dan Barat

Selepas puas bergambar di situ, kami masuk pula ke Royal Observatory, di mana ilmu falak UK ini dikembangkan. Apa yg menarik perhatian aku adalah ketika berada di dalam sebuah bilik yg diberi nama Octagon Room, di mana segala peralatan astronomi dahulu kala dan method2 mencerap ditunjukkan. Menarik sungguh bagaimana keazaman org dahulu mencari jawapan dgn teknologi yg terhad.

Subhanallah, pemandangan di atas bukit

Famy dan Shah

Disebabkan kereta hanya dibenarkan parking smpi pkol 5 petang, kami bergegas turun dari bukit dan menuju ke kereta. Iman mempunyai kerja seidikit, jadi, kami berpisah dgn beliau di luar National Maritime Museum. Kami menuju ke sebuah kedai ala2 PFC di Bayswater untuk makan dinner.

Faris tersenyum lebar, dapat makan

Sungguh kenyang kami makan ayam2 itu. Huhuhu, setelah kekenyangan, kami, warga Central berpisah dengan warga Greenwich. Kami terus menuju ke MSD di Queensborough Terrace untuk bersolat Maghrib.

Terima kasih tidak terhingga kepada Ustaz Erfino sebab membawa kami ke Greenwich tanpa sebarang bayaran, dan juga kerana belanja kami makan dinner!

Terima kasih kepada Famy, Pali dan Iman kerana sudi meluangkan masa berharga korang melayan kerenah kami

Terima kasih juga kepada Encik Tomtom kerana menyediakan navigasi yg cekap dan tepat untuk mengelakkan kami tersesat.

Terima kasih warga Greenwich, panjang umur, kiter jumpe lagi!!!

Kepada yg masih blom pegi Greenwich, pegila, x kan menyesal....

Kenangan indah di Greenwich yg xkan aku lupakan!

Photobucket