>

Tuesday, February 24, 2009

KEKKWA

بسم الله الرحمن الرحيم


Semalam, aku menghadiri suatu majlis ramah mesra dan penerangan isu semasa oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA), iaitu Dato' Seri Mohd Shafie Apdal. Majlis dikatakan bermula pada jam 6 petang.

Namun, majlis hakikatnya bermula jam 6.45 petang, mungkin Dato' ada banyak komitmen lain kepada negara. Dato' pun nampaknya baru sampai pagi tadi, masih lagi jetlag dan letih nampaknya, namun, masih lagi bersetuju untuk memberikan penerangan kepada rakyat Malaysia di MSD ini.

Secara mudahnya, Dato' menyentuh tentang perihal politik di Perak, Kedan dan Selangor agar para pelajar tidak 'confuse' dan risau tentang perkembangan semasa. Beliau juga menyentuh perihal ekonomi Malaysia.

26 haribulan ini, akan ada pelancaran program mempromosi kraftangan Malaysia di Harrods, Knightsbridge. Antara kraf yang akan dipamerkan adalah batik, songket dan sebagainya. Menurut Dato', diharap produk kita yang penuh berkualiti akan dapat menembusi pasaran United Kingdom. Bagaimanakah penerimaan rakyat UK nanti? Tunggu dan lihat.

Selepas selesai sesi taklimat, kami dijamu dengan nasi minyak oleh kafe MSD, seperti biaser. Turut hadir malam smalam adalah Pali Grenwich, Basir, Amri, Adam Hamdan, Fitri, Apen, Pidah, Izu dan Masrizan. Selepas bersolat Isya', aku pulang ke South Kensington.

Photobucket

No comments: