>

Thursday, December 18, 2008

Winter Shopping

بسم الله الرحمن الرحيم

Harini, kelas aku hanya sejam sahaja, iaitu dari pukul 9 pagi sampai ke 10 pagi. Memandangkan aku bakal ke Ireland hujung minggu ni, maka, aku bercadang untuk membeli barang2 persiapan menghadapi suhu sejuk Ireland. Destinasi sasaran, Oxford Street.


Seperti dijangka, aku pergi membeli sedikit pakaian dan peralatan musim sejuk di Primark. Primark ni macam SOGO la kat KL tu. Walaupun hari ini org bekerja, namun, tetap ramai gak manusia membanjiri Oxford Street nih. Semua orang nak shopping utk winter agaknya. Sesak nafasku.

Aku x mainla barang2 Primark ni, sambil buat muke pelik.

Segelintir bebudak Malaysia yg tinggal di London pernah berkata sebegitu kepadaku bile nampak aku berpakaian tajaan Primark.

Aku paling cikai pun pakai baju Topman jer

Begitulah pandangan segelintir pelajar tentang Primark. X dinafikan, memang barang2 di Primark murah2 belaka, memang x setanding jenama2 seperti Zara dan Topman, namun, aku memilih untuk membeli di sini. Kenapa?

Teringat firman Allah:
إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُواْ إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُوراً
Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.

(al-Isra': 27)

Memang, x dinafikan, biler melihat rakan2ku memakai pakaian yg branded2 ini, terasa sedikit keinginan untuk memiliki barangan sebegitu. Memang nampak jelas perbezaan harga biler melihat pakaian2 mereka. Namun, teringat pesan emak sebelum aku ke UK dahulu:

Dekat sana nanti, jangan terikut2 orang belanja. Diorg ada duit. Kite yg xde duit ni, buat cara xde duit.

Pilu aku apabila mengenangkan pesan emak itu. Terasa amat rindu kepada keluarga tercinta. Teringat kembali zaman2 kemelesetan ekonomi di Malaysia dulu, ketika itu, emak dan abah banyak berkorban untuk kami adik beradik. Teringat aku suatu peristiwa ketika umur aku lebih kurang 7 atau 8 tahun.

Pada haritu, abah keluar dari rumah dengan membawa kereta Toyota Corona kami. Aku bertanya kat emak, mana abah nak pergi. Mak kata, abah nak beli susu dan roti untuk kami adik beradik. Aku yg amat suke minum susu menunggu abah di muka pintu. Lama jugak abah pergi, kenapa x balik2?

Setelah beberapa ketika, aku nampak dari jauh, abah berjalan kaki pulang ke rumah dengan membawa beberapa beg plastik. Biler abah balik, aku mendapatkan abah dan tanya, mana susu, sebab aku nak minum. Aku tanya lagi, mana kereta? Abah kata kepadaku sambil tersenyum, kereta kami sudah abah jual. Aku x rasa apa2 ketika tu, mungkin sbab aku kecik lagi dan tengah best minum susu yg abah beli.

Namun, ketika aku teringat kembali peristiwa itu, sedih dan pilu hatiku. Betapa mak dan abah banyak berkorban untuk kami adik beradik. Disebabkan kami ni tidaklah hidup serba mewah, kami diajar untuk berjimat cermat sejak kecil. Kemelesetan ekonomi Malaysia ketika tu begitu menghimpit hidup kami sekeluarga.

Mungkin pengalamanku ketika kecik ni membuatku jarang sekali membeli barang baru (terutama pakaian) untuk diriku. Kadang2, org kata aku kedekut dan asyik pakai baju yg sama jer. Aku masih ingat lagi, aku tiada kasut untuk keluar ke bandar, sehinggalah sebelum aku datang ke UK. Kalau aku keluar ke KL sekalipun, aku hanya memakai sandal favouriteku sejak tingkatan 5, walaupun da berapa kali jahit sandal tu (aku suke sandal tu, best2)

Namun, sekarang, aku rasa banyak gak barang yg aku beli di UK ni yg aku bazirkan. Banyak juge barang yg aku beli dgn nafsu dan bukan dgn akal. Baru nak rasa menyesal.

Kalau nak ikutkan, jaket favouriteku di UK ini adalah jaket yg emak belikan untukku sebelum aku fly. Walaupun jaket tu xdela jenama ulung dunia, namun, aku tetap suke (mungkin korg perasan jaket yg mana satu). Kalau bukan sebab winter tiba, memang aku xkan beli jaket lain.

Alhamdulillah, berjaya mendapatkan beberapa pakaian dan peralatan untuk aku hadapi musim sejuk kali ini. Biarlah x berjenama, asal selesa. Bagi aku, selagi mana pakaian yg aku pakai itu menutup aurat serta tidak mendatangkan fitnah buat agamaku, cukuplah.

Moga urusanku dipermudahkan.

Photobucket

2 comments:

Anonymous said...

Apa nak brand2. Pak Cu beli reject shop lagi. OK jer. Yang penting ada benda yang nak dipakai... Ahakkk3X

Anonymous said...

ibu bapa mmg bnyk b'korban ntuk anak2....