بسم الله الرحمن الرحيم
Selepas Seerah Circle di Prayer Room Imperial Zuhur tadi, aku menuju ke Royal Albert Hall untuk menyambung penggambaran video untuk ditayangkan di Malaysian Hall esok. Shah bukan main semangat lagi memakai satu sut blazer untuk suatu scene graduation. Cool2. Turut bersama, pengarah projek, saudara Khairul Hafidz a.k.a Dz.
Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Hyde Park untuk suatu scene jiwang dan menyentuh perasaan. Mengikut perancangan, kami nak ambik video Shah tengah bagi makan kat tupai2 di Hyde Park. Berbekalkan sebungkus M&M, kami memberi makan kepada tupai2 yg da sedia gemuk itu. Alhamdulillah, banyak gak tupai yg datang menyerbu.
Kemudian, penggambaran diteruskan puler di tasik yg banyak swan. Scene seterusnya, Shah memberi makan kepada swan2 tersebut. Agak cuak apabila terlalu banyak swan mengerumuni kami. Namun, agak seronok bergambar dgn swan2 tersebut.
Lepas da letih berlakon, Dz mengajak kami menuju Malaysian Hall untuk mengangkat daging2 korban. Sesampainya di Malaysian Hall, bertemu dgn saudara Adam Tan (pronounce Adam Te) yg baru balik dari universitas King's. Tunggu punyer tunggu, akhirnya, van pengangkut daging tiba juger di MSD.
Disebabkan tiada pekerja tambahan di MSD, Ustaz Erfino telah melantik kami menjadi AJK pengagihan daging. Tugas pertama dan utama adalah untuk mengangkat daging2 tersebut dari van ke dewan MSD. Kemudian, kami berusaha mengagih2 kan daging tersebut ke dalam plastik2 kecil bagi memudahkan pengangkutan. Letih dan berbau kambing!
Ustaz Erfino yg keletihan
Jadi, malam ni aku dan Shah bercadang tidur di Lapworth Court, letih plak nak balik bilik.
Kepada bebudak yg ada di sekitar London, dijemput datang esok ke MSD lepas Isyak dan ajak rakan2, sedara-mara, anak beranak, jiran tetangga dan sebagainya. Ada video presentation yg BEST, ada nasyid, dan yg penting, jamuan MAKAN! Jom sama2 pakat pegi MSD esok!
No comments:
Post a Comment