>

Monday, December 1, 2008

Makanan Halal di London

بسم الله الرحمن الرحيم

Sejuk amat harini. Melihatkan weather forecast pagi tadi, suhu 3-4 celcius sepanjang hari. Down skit. Dan petang ni, sbab xde kelas, aku bercadang nak pegi Queensway utk beli barang2 Malaysia. Boleh je nak berjalan merentasi Hyde Park tu, tapi cuaca sejuk membuatkan aku memilih menaiki bas. Aku berjaya membeli beberapa barang Malaysia yg da nak kehabisan stok di bilikku.

Dulu, b4 aku datang ke United Kingdom, aku bebetul takut, sbab dalam fikiran aku, susah amat nak mencari makanan halal di negara yang bukan majoriti Muslim. Tu antara perkara utama yang membimbangkan aku.

Namun, Alhamdulillah, selepas lebih sebulan duduk di UK, specifically London, x terasa susah sgt mencari makanan Halal. Di Imperial contohnya, mmg banyak dijual makanan yg sesuai dimakan oleh umat Islam. Ayam2 di Union, halal. Di Junior Common Room, ayam goreng yg dijual di kafe tu adalah halal2 belaka. Menjadi cabaran nak membeli, sbab ramai org beratur. Dan, di sandwich bar, ade wrap dari tiffinbites yang halal. Perlu cepat membeli, sbab menjelang 12.30 tengahari, licin benda ni. Even di Senior Common Room, ade notis yg kate semua ayam adalah halal.

Chicken Tikka

Selain di Imperial, makanan2 halal juga boleh didapati di pasaraya2 terkemuka United Kingdom. Ayam2 halal ade dijual di Sainsbury (nak promote). Selain tu, kalau nak carik alternatif, bolehla pergi ke kedai2 Pak Arab yang mmg menjual daging halal. Kawasan yg menjadi pilihan hatiku adalah North End Road, di mana banyak kedai makan halal di samping kedai2 menjual barang mentah halal, termasuk sausage, burger dan nuggets.

Di sini, makanan vegetarian rata2 adalah halal. Kalau ade simbol V, kebiasaannya boleh dimakan. Hanya perlu check balik ingredients, mane tahu ade dicampur dgn wine atau sebagainya. Salah satu produk UK yg aku kagumi adalah Kellogs Cereal. Selain tulis Suitable for Vegetarian, siap ade lambang halal lagi.

Kellogs

Namun, org kate, perut org Malaysia ni x lari dari nak makan makanan Malaysia. Kalau malas nak masak, bolehla pergi makan di Malaysia Hall. Namun, kalau hari2 beli, keringla pulak poket kan? Jangan risau, barang2 Malaysia pun agak mudah didapati. Dari mihun, perencah nasi goreng, Brahim's, kicap, sos dan sebagainya yg memang diimport khas dari Malaysia, memang ade dijual di kedai2 Cina. Siap ada Halal JAKIM.

Malaysiaku...

Jadi, kepada adik2 yg bercadang untuk lanjutkan pelajaran di UK, jgn risau tentang makanan. Walaupun tidaklah semudah di Malaysia, tapi tidak jugak sesusah yg disangka. Sedikit kesusahan inilah yg membuat kite appreciate negara kiter. Sedikit kesusahan inilah yg membuat kiter peka tentang apa yg kiter makan.

OK, da azan Maghrib. Nak makan tiffinbites, chicken tikka!!!

Photobucket

No comments: