>

Monday, December 15, 2008

Tamu-tamu (Tetamu)

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini dan semalam, aku agak busy kerana bilikku didatangi oleh tetamu. Sungguh x terurus hidupku, maklumlah, jarang sungguh menerima teamu untuk ke bilikku yg usang lagi sempit ini.

Semalam, Amir Faiz menelefonku dan berkata yg die mahu tidur di bilikku. Aik, ape kes plak mamat ni? Itulah yg bermain di fikiranku. Namun, aku berfikir kembali, Apen selama ini merempat di bilik Fitri dan Adam, mungkinkah beliau dihalau keluar oleh mereka? Walaupun aku x mempercayai itu yg berlaku, namun, aku tetap membenarkan Apen tidur di bilikku.

Sepanjang hari semalam, London dituruni hujan. Oleh itu, aku terasa amat malas utk keluar dari blik, apatah lagi berjalan-jalan keseorangan di London ni seperti yg biaser aku buat hujung minggu. Ingatkan nak pegi melawat Faris di rumah beliau, namun, beliau ade hal di luar London. Maka, terperuklah aku di dalam bilik itu.


Apen menelefonku mengatakan yg die sudeyh sampai di Gloucester Road. Dengan berpakaian baju kalis air (raincoat), aku meluru untuk mendapatkan sahabatku itu, risau aku die berada di dalam hujan (ayat drama). Tanpa berpayung, aku melangkah gagah menuju ke Old Brompton Road. Dari jauh, kelihatan seorang lelaki berpakaian Topman dengan berpayung. Cis, itulah si Apen rupanya. Ade payung rupenya!

Kami makan di hall Shah, dengan lauk daging goreng masakanku yg enak itu. Apen seperti baser, turut serta makan dgn free. Lepas makan, Apen pergi ke bilikku dan tidur di sana.

Harini, aku bercadang untuk pergi menggunting rambut di Bayswater. Namun, aku teringatkan Kerul yg masih berada di bumi London terchenta ni. Ntah biler la nak balik ke Warwick tu!! Jadi, aku mengajak beliau untuk tidur di bilikku yg indah ini. Setelah meminta kebenaran daripada abangnya (adik kesayangan nih!!), DZ memberikan lampu hijau untuk adik kesayangan beliau bermalam di bilikku. Walaupun agak berat nampaknya wajah beliau untuk melepaskan adik beliau, akhirnya, beliau bersetuju jugak, HAHAHA!


Setelah solat Zuhur di rumah DZ, Kerul mengemas pakaian beliau untuk bermalam di bilikku. Sungguh best rasanya jadik freeloader kan? Dah hampir seminggu Kerul ni berada di London nih, ces, best sungguh org yg da cuti!

Skarang, aku di dalam bilik, bersama Kerul dan Shah yg tgh tido. OK, nak masak dinner!

Photobucket

2 comments:

Apen said...

oi!!!!!!!

Awang Najib Bin Awang Mohamad said...

asal cara ko tulis post nie dh semakin...gedik?? haha