>

Friday, December 19, 2008

Majlis Perkongsian Ilmu MSD

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, walaupun kebanyakan pelajar London sudah pergi berjaulah ke luar London, yg tinggal hanyalah pelajar2 Imperial yg bakal menempuh kelas terakhir esok serta seorang budak UCL, majlis ilmu di MSD dijalankan seperti biasa.

Namun, yg menjadi persoalan dan kepelikan, di manakah warga Lapworth Court, yakni Bun sekeluarga? Selalunya, mereka menjadi penggerak utama majlis di MSD. Sampai Ustaz Erfino pun tanya aku,

Aik, Huzaifah, mana warga Lapworth Court ni?

Aku buat muke pelik, x tahu. Setelah perkongsian ilmu oleh ustaz Erfino, kami menjamu selera dengan juadah nasi minyak, mihun, bubur cacar, bubur kacang dan teh tarik. Nyum2, minggu ni amat lain berbanding minggu lepas. Ibarat kata Shah, minggu ni, kami tiada pesaing untuk makan, jadi, memang amat banyak makanan lebih.

Izu dan tetamu istimewa dari Soton

abang lang, DZ

Namun, tengah sibuk makan, kelihatan 2 orang adik beradik Lapworth Court hadir. Mereka merupakan abang Lang iaitu DZ dan abang Chik, iaitu Amirul. Memang tepat lagi precise timing mereka hadir di sini. Bagusla, xdela membazir makanan. Amat banyak lauk lebih, ustaz sampai suruj kitorg tapau bawak balik. Aku melihat Shah, Shah melihatku kembali. Aku mengeluarkan senjata rahsia kami. TUPPERWARE kosong. Memang dah plan membawa 5 tupperware kosong, in case makanan tak abis. Belajar skill ni dari warga Lapworth Court. Nampaknya, mereka sekeluarga dah ade pesaing, iaitu warga Evelyn Gardens, hehehe.

Faris dan sorg budak UCL yg masih wujud di London

Kenyang2. Aku mengikuti Faris untuk ke rumah beliau untuk settlekan barang2 untuk perjalanan kami esok. Nak settlekan skejap je, tapi, sbab da sampai rumah die, borak2 ngan housemate Faris, abang Azim. Abang Azim banyak pengalaman kat UK, so banyak la bertukar2 pengalaman dan ilmu dengan beliau. Aku disajikan keropok goreng, teh tarik dan air pepsi. Thanx for the hospitality.

Kalau ikutkan, banyak lagi nak diborakkan dgn abang Azim, tapi, jam menunjukkan pukul 10.10 malam. Aku harus pulang untuk menyediakan diri untuk kehidupan esok hari. Disebabkan mahu cepat pulang, aku menaiki tube terus ke Gloucester Road.

Harus bersedia untuk berPUISI...

Photobucket

1 comment:

Isa Mustaza said...

kena submit coursework, tu pasal menghilang..pukul 1030 malam baru sampai rumah..