>

Saturday, December 20, 2008

Di Ireland

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, telah selamat sampai di bumi Ireland.

Semalam, pada pkol 8 malam, aku bertolak dari Evelyn Gardens menuju ke stesen King's Cross St Pancras. Berjumpa dgn Fitri dan Faris di situ. Dengan menaiki tren First Capital Connect, kami bertiga menuju ke Luton Airport.


Disebabkan flight kami ke Dublin adalah pada jam 6.30 pagi esok, kami tido di Luton Airport. Berjumpe plak dgn rakan2 Faris dari KMB, bebudak UCD. Sungguh sejuk sekali tidur di airport. Fitri membentangkan sleeping bag beliau lalu, kami tido di atas sleeping bag tu.


Alhamdulillah, kami dibangunkan oleh Allah pada jam 4 pagi dan dengan mamainya, aku berjalan ke kaunter. Oh, kaunter check in untuk ke Dublin da dibuka. Cool. Aku bergegas mendapatkan Fitri di perbaringan lalu memanggil Faris. Jenuh mengangkat beg sebesar almari itu.

Sampai di Dublin pada jam 7.30 pagi. Namun, kami terpaksa menunggu seorang rakan dari Edinburgh. Terpaksa menunggu hampir 2 jam untuk rakanku, Wan ini. Fitri da tidur, bangun dan tidur kembali, namun, masih blom sampai. Setelah puas bersengkang mata menunggu, akhirnya sampai gak org yg dinantikan.


Kami menaiki teksi untuk ke South Circular Road, yakni, rumah Muadz, seorang budak Medic tajaan BNM di RCSI. Mahal giler kami kena bayar, isk2, sedih2 (sambil melihat poketku yg kosong). Namun, Muadz menyambut kami di depan pintu. Kami disaji dgn roti dan cereal, makanan utama saudara Muadz sejak dahulu lagi. TQ for the hospitality, kami akan menyusahkan anda sampai ari Isnin!!

OK, mood berPUISI!

Photobucket

No comments: