>

Saturday, August 30, 2008

Menjelang Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم

Suria muncul di pagi hari. Kita bangun sederap kaki. Rimba akan terus hijau. Unggas riang ria berkicau. Air jernih meriak di sungai. Udara nyaman tenang di rongga.

Itulah gambaran pagi ini, hahahaha. Macam pernah aku sebut2 ayat di atas, tapi di mana yer? Biarla kenangan jadi kenangan, huhuhu. Senang citer, pagi ni mmg aman. Disebabkan kecemerlangan cuaca pagi ini, mak dan abah mengajak aku ke Jalan TAR (TAR membawa maksud Tunku Abdul Rahman, bukan sbab jalan ni kena turap ngan tar).

Jalan TAR

Abah parking di Semua House dan kami berjalan kaki sekeliling KL. Muler, kami pergi ke bank untuk aku mengeluarkan duit yg da PNB bank in. Cuak!! Inilah kali pertama aku bawak duit sebanyak ni. Sesambil aku jalan, aku pandang kiri ke kanan, suspicious dgn org di sekeliling. Cuak tu!!!

Sale

Setelah membeli beg untuk aku bawak ke UK, aku dan abah pergi ke kereta untuk menyimpan barang manakala emak dan angah meneruskan aktiviti mereka di sekitar KL. Abah mengajak aku makan dan aku tanpa segan silu menyetujui cadangan beliau. Kami bersama-sama makan Fish and Chips. Sedap!

Sedap!

Aku mendapat panggilan kecemasan daripada Angah untuk menuju ke SOGO. Nak beli seluar untuk aku. Aku dan abah bergegas menempuh lautan manusia untuk menuju ke SOGO. Sesampainya ke SOGO, aku melihat begitu ramai manusia. Mengapakah begitu ramai? Adakah disebabkan Ramadhan bakal tiba? Maka, ramai la yg kluar b4 puasa. Mungkinkah betul hipotesis aku? Allah lebih mengetahui.

Lautan Manusia

Disebabkan angah dan Mak blom lagi makan, kami sekali lagi menuju ke Food Court di Semua House. Aku dan abah da amat letih. Namun, aku amat pelik melihat angah dan Mak yg masih steady bertenaga. Adakah mereka mempunyai hormon Shopaholine? Untuk pengetahuan korg, Shopaholine ni merupakan hormon yg seakan2 adrenaline, huhuhu.

Kami pulang ke rumah pada jam 4 petang. Letih wooo...

Photobucket

No comments: