>

Saturday, August 16, 2008

Hidup Orang Bujang

بسم الله الرحمن الرحيم

Mak dan Along pergi ke Johor Bahru sebab menolong sedaraku yg berkahwin. Emak pergi semalam. Maka, di rumah, hanya tinggal aku dan Abah. Maka, mulalah kehidupan kami sebagai orang bujang, hehehe...

http://i5.photobucket.com/albums/y152/boo_licious/DSC00332.jpg

Malam smalam, kami makan malam di luar. Restoran yg kami pegi dekat je, x jauh mane. Aku mengorder nasi pattaya, sup ayam dan fresh orange. Sungguh berselera aku makan, maklumlah, dah kelaparan. Sesambil makan, kami menonton perlawanan badminton olimpik melalui TV LCD skrin 34 inci di kedai tu.

Pagi ni plak, aku memulakan rutinku sebagai suri rumah. Aku membasuh baju dan menyidai baju. Rumah agak bersepah, tapi, xpela, hehehe. Pastu, aku dan abah bersarapan di Restoran Dalila Bukit Indah. Aku makan nasi lemak ayam dan Milo Ais.

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/3/34/Nasi_lemak.jpg/800px-Nasi_lemak.jpg

Petang ni, kami akan ke Rembau untuk melawat datuk sedara aku yg sedang sakit. Hari Isnin plak, da start ESQ anjuran PNB di Flamingo Hotel....

Photobucket

No comments: