>

Tuesday, August 26, 2008

It's been decided

بسم الله الرحمن الرحيم

The image “http://www.bharian.com.my/klikkhas/pil_ppauh/images/keputusan.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

So, rakyat telah menyuarakan pendirian mereka melalui peti undi. Mereka telah memilih pemimpin yg mereka rasakan layak. Mereka telah memilih Datuk Seri Anwar untuk menjadi wakil rakyat mereka di Parlimen. Tahniah kepada penduduk Permatang Pauh yg keluar mengundi.

http://www.theage.com.au/ffximage/2008/04/14/svANWAR_narrowweb__300x386,0.jpg

Keputusan rasmi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti 15,671 undi. Penasihat PKR itu mendapat 31,195 undi, manakala calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi. Sementara calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan.

Kepada yang dipilih menjadi pemimpin, jalankanlah tanggungjawab yg diberi rakyat. Jangan hanya pandai berkempen, tapi, kerja x bagus mane.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Tiga Golongan manusia yang Allah tidak akan bercakap dengan mereka di hari kiamat, tidak menganggap mereka sebagai orang yang bersih, tidak melihat kepada mereka, dan mereka akan dimasukkan ke dalam neraka dengan azab yang sangat pedih. Mereka ialah orang tua yang berzina, raja atau pemimpin yang suka berbohong dan orang miskin yang sombong”.
Riwayat Muslim

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Akan lahir selepas aku beberapa pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh kamu. Para Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah apakah yang engkau hendak perintah dikalangan kami ini sekiranya terdapat perkara seperti itu? “Baginda s.a.w. menjawab, “ hendaklah kamu menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada Allah segala hak-hak yang kamu perlukan.”
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Wallahu'alam. Moga terbaik untuk Islam.

Photobucket

No comments: