>

Sunday, August 24, 2008

BERDIri atas KAki sendiRI = BERDIKARI

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini, disebabkan mak dan abah ada hal di luar, seawal pagi lagi diorg da kluar rumah. Jadi, aku terpaksa menjalani hidup sebagai orang bujang. Mungkin sengaja mak dan abah nak mendidik aku untuk berdikari hidup di luar negara nanti, hehehe.

Untuk breakfast, aku memandu kereta perodua kancil untuk membeli nasi lemak yang terkenal, iaitu nasi lemak kosas. Aku membeli nasi lemak peparu, alhamdulillah, kenyang perut ini.

Kemudian, tiber la plak waktu makan tengahari. Rasa kemalasan untuk pergi membeli. Jadi, aku mengambil inisiatif sendiri untuk mengisi perut, dengan cara, memasak. Yeah, jangan x percaya, aku memasak! Pengalaman di OBS telah banyak mengajarku erti hidup berdikari, ceewaaahh.

Jadi, aku berkeputusan untuk masak satu lauk yg amat sedap. Lauk itulah, telur goreng. Jadi, setelah selesai memasak nasi yang empuk, wangi dan menyelerakan, aku memanaskan kuali. Tahu x cara nak masak telur? Meh aku ajar, hehehe. Lepas minyak da panas, ambil telur dari tempat simpanan dan pecahkan menggunakan apa2 alat. Lepas dipecahkan, masukkan saje dalam kuali. Lepas 2 minit, balikkan telur tu. Dan selepas lagi 2 minit, telur goreng telah tersedia.

Senang kan resipi ni? Selamat mencuba!!!


Tapi, xkanla nak makan telur ngan nasi camtu jer. Jadi, aku mengambil sebotol kicap dan menuangkan sedikit ke atas nasi. ku makan dengan cukup berselera. Maklumlah, dah lapar. Inilah rezeki aku harini.

The image “http://www.sacred-texts.com/isl/gif/003/003_027.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".
(Ali-Imran:27)

Aku berfikir, adakah begini kehidupan aku di UK nanti? Akan makan benda sama berulang kali? Aku ni memangla x memilih pasal makan, tapi kalau hari2 makan telur ngan kicap, mesti busan dan jemu kan? Huh, cuak ni!!!

Mak, nak blaja masak!!!

Photobucket

No comments: